Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lepas tanpa pasport di imigresen S'pura mulai 2024

Imbas kod QR bagi mereka yang naiki kereta
May 06, 2023 | 05:30 AM



PENDUDUK dan pengunjung Singapura yang keluar dari negara ini akan dapat melepasi pusat pemeriksaan tanpa perlu menggunakan pasport mereka mulai 2024.



Sebaliknya, mereka boleh melakukan pelepasan imigresen melalui kod QR di pusat pemeriksaan darat jika melakukan perjalanan dengan kereta, atau Sistem Kawalan Sempadan Automatik (ABCS) tanpa sentuhan baru di dewan penumpang.



Semasa seminar pelan kerjanya di Singapore Expo pada Jumaat, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata kaunter manual di semua dewan penumpang di pusat pemeriksaan akan digantikan secara berperingkat dengan sekitar 800 lorong automatik menggunakan ABCS mulai suku pertama 2024.



Lorong ABCS akan menggunakan biometrik untuk pelepasan, dan merupakan sebahagian daripada konsep pelepasan baru (NCC) ICA, yang diumumkan pada 2019.



Bagi mereka yang menggunakan kereta, ICA berkata ia telah mencuba Sistem Pelepasan Penumpang Dalam Kereta Automatik (Apics) pada 2022, dengan sekitar 94 peratus pengunjung dapat menggunakan sistem itu tanpa bantuan daripada pegawai.



ICA akan bekerjasama dengan Agensi Sains dan Teknologi Home Team untuk memperbaiki Apics sebelum melancarkannya secara berperingkat di pusat pemeriksaan darat.



Lorong Apics akan diperkenalkan di Pusat Pemeriksaan Tuas mulai 2026 dan di Pusat Pemeriksaan Woodlands yang dibangunkan semula mulai 2028.



Acara pada Jumaat itu juga melihat ICA meraikan ulang tahunnya yang ke-20.



Pihak berkuasa itu dibentuk pada 2003 dengan menggabungkan Imigresen dan Pendaftaran Singapura dan operasi pusat pemeriksaan Jabatan Kastam dan Eksais.



Tema seminar itu ialah, "Mengingat Masa Lalu Kita, Menjamin Masa Depan Kita".



Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, dalam ucapannya di acara itu berkata pusat pemeriksaan dijangka menjadi lebih sibuk, dengan lebih banyak cabaran untuk ICA.



"Ancaman keganasan kekal sangat nyata, kita tidak pernah tahu bila wabak seterusnya mungkin menyerang, dan terdapat had untuk berapa banyak tenaga kerja yang boleh kita dapatkan, memandangkan Singapura mempunyai penduduk yang semakin tua. Jawapan kepada semua ini adalah transformasi selanjutnya," kata Encik Shanmugam.



Beliau yakin ICA akan dapat menangani cabaran ini.



"Perkembangan ICA selama ini hanya dapat dicapai kerana ICA telah, dan kekal, tangkas, berpandangan jelas, berani, dan pada terasnya, mempunyai pegawai yang terus dibangunkan dengan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat kita dengan sepenuh hati," katanya.



"Saya rasa kita semua boleh yakin bahawa ICA akan terus melaksanakan misinya sebagai agensi sempadan dan imigresen bertaraf dunia, dan saya menantikan - kita semua menantikan - transformasi yang berterusan ini," tambahnya.



Laporan lanjut: Pusat Perkhidmatan bersepadu ICA siap 2024




TRANSFORMASI ICA



DI PUSAT PEMERIKSAAN:



  • Sistem Kawalan Sempadan Automatik (ABCS) tanpa sentuhan baru di dewan penumpang. Sekitar 800 lorong automatik menggunakan ABCS akan disediakan mulai suku pertama 2024.

  • Lorong Sistem Pelepasan Penumpang Dalam Kereta Automatik (Apics) akan diperkenalkan di Pusat Pemeriksaan Tuas mulai 2026 dan di Pusat Pemeriksaan Woodlands yang dibangunkan semula mulai 2028.

DI PUSAT PERKHIDMATAN:



  • Pusat Perkhidmatan ICA bersepadu baru akan siap pada 2024. Ia akan dilengkapi sebuah pusat sehenti untuk orang awam berurusan dengan ICA. Pusat itu akan membolehkan orang ramai mengambil sendiri kad pengenalan dan pasport mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >