Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Letupan kuat di Uzbek: 162 cedera, 1 maut

Kementerian Kesihatan melaporkan kecederaan di tempat kejadian dan di kawasan sekitar Tashkent
Sep 28, 2023 | 3:33 PM
CETUS KEBAKARAN: Pasukan penyelamat membantu mereka yang tercedera di lokasi letupan di sebuah gudang berhampiran lapangan terbang di Tashkent yang menyebabkan seorang meninggal dunia pada Khamis.
CETUS KEBAKARAN: Pasukan penyelamat membantu mereka yang tercedera di lokasi letupan di sebuah gudang berhampiran lapangan terbang di Tashkent yang menyebabkan seorang meninggal dunia pada Khamis. - Foto AFP

TASHKENT: Satu letupan kuat berlaku berhampiran lapangan terbang ibu negara Uzbekistan, Tashkent, semalaman dari Rabu hingga Khamis, media tempatan melaporkan, dengan pihak berkuasa berkata letupan itu mengakibatkan satu kematian dan 162 orang cedera.

Menurut saksi yang dipetik oleh laman web berita, Nova24, letupan berlaku di gudang kastam berhampiran lapangan terbang, dengan video yang tersebar di media sosial menunjukkan lajur api dan asap menjulang naik ke langit pada malam itu.

Kementerian Kesihatan berkata “kebakaran” telah dilaporkan pada waktu malam di gudang itu, dan bilangan orang yang cedera yang telah dibawa ke hospital, lapor agensi berita AFP.

Seorang remaja lelaki maut selepas bingkai tingkap menimpanya, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

“Perkhidmatan perubatan kecemasan juga disediakan kepada orang yang cedera dalam kebakaran di tempat kejadian dan di pangsapuri sekitarnya,” kata kementerian itu di Telegram

Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent kelihatan berlepas dan mendarat seperti biasa, demikian berdasarkan data daripada laman web penjejakan penerbangan, FlightRadar24.

Pemberitahuan yang dihantar kepada juruterbang memaklumkan landasan di lapangan terbang akan ditutup untuk berlepas dan mendarat selama sekurang-kurangnya lima jam pada Khamis, lapor agensi berita, Reuters.

Tetapi beberapa kawasan masih tersedia untuk dilalui pesawat dan kenderaan di lapangan terbang itu.

Uzbekistan adalah yang paling ramai penduduk di Asia tengah, bekas republik Soviet, dan kebakaran yang disebabkan oleh peralatan usang dan peraturan yang lemah terhadap piawaian keselamatan, adalah perkara biasa di sana.

Kemalangan sebesar ini, bagaimanapun, jarang berlaku. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg