Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ratusan mayat dalam runtuhan akibat taufan, banjir Libya

Lebih 1,000 mayat dikumpul, korban dijangka bertambah dek 10,000 masih hilang
Sep 13, 2023 | 01:20 PM



DERNA (Libya): Pekerja kecemasan menemui beratus-ratus mayat dalam runtuhan bangunan di bandar Derna di timur Libya, ekoran banjir akibat ribut Daniel melanda empangan dan menghanyutkan seluruh kawasan kejiranan.


Dengan 10,000 orang masih dilaporkan hilang, jumlah kematian dijangka terus meningkat.

Lebih 1,000 mayat telah dikumpulkan, termasuk sekurang-kurangnya 700 yang telah dikebumikan setakat ini, kata pihak berkuasa ambulans, sambil menambah bahawa bencana itu telah mengorbankan lebih 2,300 nyawa.

Namun, Kementerian Dalam Negeri pentadbiran timur Libya dipetik oleh televisyen tempatan menganggarkan jumlah korban melebihi 5,000 orang.

Rakaman video menunjukkan berpuluh-puluh mayat diselubungi selimut di pekarangan sebuah hospital. Satu lagi imej menunjukkan liang kubur besar dipenuhi mayat.

Lebih 1,500 mayat telah dikumpulkan dan separuh daripadanya telah dikebumikan pada petang Selasa, kata pula Kementerian Kesihatan bagi timur Libya.

Penduduk Derna berkata mereka mendengar letupan kuat dan kemudian menyedari bahawa empangan di luar bandar telah runtuh.

Banjir kilat melanda Wadi Derna – sungai yang mengalir dari pergunungan melalui bandar dan ke laut.

Bantuan luar telah mula sampai ke Derna pada Selasa, lebih 36 jam selepas bencana itu berlaku.

Banjir itu merosakkan atau memusnahkan banyak jalan masuk ke bandar pesisir pantai yang mempunyai penduduk sekitar 89,000 orang.

Timbalan Datuk Bandar Derna, Encik Ahmed Madroud, memberitahu media bahawa “sekurang-kurangnya 20 peratus daripada bandar ini telah musnah”.

Beliau berkata punca kemusnahan itu ada kaitan dengan prasarana lemah di kawasan bandar dan hakikat bahawa banyak bangunan berkelompok didirikan di jalan sempit yang terletak berhampiran sungai.

“Apabila sungai itu melimpahi tebingnya, ia menghanyutkan semua bangunan bersamanya, dan keluarga yang berada di dalamnya,” kata beliau.

Video yang disiarkan dalam talian oleh penduduk menunjukkan petak besar berlumpur dan dipenuhi serpihan bangunan di kedua-dua tebing sungai itu.

Bangunan pangsapuri juga tidak terkecuali turut runtuh dan berkecai.

Pada Selasa, pekerja mencari dan menyelamat, anggota tentera dan sukarelawan serta penduduk dilihat menggali runtuhan bangunan bagi mencari mangsa tertimbus.

Mereka juga menggunakan bot untuk mengambil mayat yang terapung.

Dalam pada itu, beratus-ratus sukarelawan dari barat Libya sedang menuju ke timur negara itu untuk memberikan sokongan, sedang berpuluh-puluh kumpulan masyarakat sivil mengumpul bantuan untuk menyampaikannya ke Derna melalui darat dan udara.

Selepas lebih sedekad pergolakan, Libya kekal terbahagi antara dua pentadbiran yang bersaing: satu di barat dan satu lagi di timur, masing-masing disokong oleh militia dan pemerintah berbeza.

“Semua rakyat Libya dirundung kesedihan. Sebaik sahaja bencana itu berlaku, semua perbezaan politik berakhir, dan semua orang bersetuju tentang keperluan membantu dan mengatasi peristiwa pahit ini,” kata Encik Ahmed. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >