Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Arab bakal buat pendirian ekoran keputusan ICJ terhadap Israel

Jan 29, 2024 | 4:33 PM
Para wakil Liga Arab akan bersidang di Kahirah bagi menetapkan pendirian ekoran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa terhadap Israel.
Para wakil Liga Arab akan bersidang di Kahirah bagi menetapkan pendirian ekoran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa terhadap Israel. - Foto AFP

KAHIRAH: Atas permintaan Palestin, Majlis Liga Arab akan mengadakan sesi di peringkat perwakilan bagi merumuskan pendirian ekoran perintah sementara yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Israel.

Mesyuarat yang berlangsung pada 28 Januari itu akan dipengerusikan oleh Maghribi, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Wakil Tetap Palestin ke Liga Arab, Encik Mohannad Aklouk, dalam kenyataannya, berkata sesi khas itu akan diadakan untuk menetapkan pendirian bersatu Arab terhadap keputusan ICJ terhadap Israel.

Beliau menyatakan bahawa permintaan Palestin telah diselaraskan oleh Maghribi, presiden semasa sesi ke-160 Liga Arab di peringkat menteri, bersama dengan Jordan dan Mesir.

Ia mendapat sokongan daripada negara anggota organisasi pan-Arab yang berpangkalan di Kahirah.

Pada 29 Disember, Afrika Selatan memfailkan tuntutan di ICJ, memohon injunksi terhadap Israel atas alasan bahawa serangan negara itu ke atas Gaza melanggar konvensyen pembunuhan beramai-ramai atau genosid.

Dalam keputusannya itu, ICJ mengarahkan Israel melaksanakan enam langkah sementara termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza, memastikan tenteranya tidak lagi melakukan sebarang tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mencegah serta menghukum sebarang hasutan untuk pembunuhan beramai-ramai.

Israel juga diarah membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, mencegah kemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti berkaitan dakwaan pembunuhan beramai-ramai dan menyerahkan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil dalam melaksanakan perintah itu dalam tempoh sebulan.

Kementerian Luar Palestin memaklumkan bahawa sistem antarabangsa “berhutang budi terhadap Afrika Selatan” kerana mengheret Israel ke ICJ atas tuduhan genosid terhadap rakyat Palestin.

“Kes Afrika Selatan mempamerkan bukti kukuh bahawa Israel sengaja melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid,” lapor agensi berita Palestin, Wafa, sebelum ini.​ – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg