Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Arab bersidang bincang perang Israel-Gaza

Sep 11, 2024 | 12:53 PM
Mesyuarat menteri-menteri Arab berlangsung pada 10 September di Kahirah untuk membincangkan serangan berterusan Israel di Jaluran Gaza.
Mesyuarat menteri-menteri Arab berlangsung pada 10 September di Kahirah untuk membincangkan serangan berterusan Israel di Jaluran Gaza. - Foto REUTERS

KAHIRAH: Mesyuarat menteri-menteri Liga Arab berlangsung pada 10 September di ibu negara Mesir, Kahirah, untuk membincangkan serangan berterusan Israel di Jaluran Gaza.

Dalam ucapannya, Setiausaha Agung Liga Arab, Encik Ahmed Aboul Gheit, menggesa supaya Israel menghentikan serangan ke atas wilayah Palestin itu.

“Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak mahu bersetuju dengan gencatan senjata di Gaza.

“Tiada pilihan selain menghentikan perang,” tegasnya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yaman itu turut dihadiri Menteri Luar Turkey, Encik Hakan Fidan; Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Encik Josep Borrell; Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin  (UNRWA), Encik Philippe Lazzarini; dan Penyelaras Kanan Kemanusiaan dan Pembinaan Semula PBB bagi Gaza, Encik Sigrid Kaag.

“Dunia Islam akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan identiti Islam dengan semangat yang sama,” kata Encik Fidan semasa berucap pada mesyuarat itu.

Beliau juga memberi amaran kepada penyokong Encik Netanyahu bahawa mereka juga bersubahat dengan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Gaza.

“Mereka juga akan bertanggungjawab,” tambahnya.

Menurut agenda yang diumumkan, mesyuarat itu membincangkan cara untuk menamatkan serangan Israel yang sedang berlaku di Gaza dan Tebing Barat, dan langkah-langkah diplomatik dan undang-undang untuk menghentikan dasar agresif Israel yang bertujuan untuk mengusir penduduk Palestin dari tanah air mereka.

Ia juga menangani masalah yang melanda beberapa negara Arab, seperti Libya, Yaman, Sudan dan Somalia, serta keselamatan pelayaran dan bekalan tenaga di rantau Teluk.

Israel telah meneruskan serangan di Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas di Gaza pada 7 Oktober.

Lebih 41,000 orang telah terbunuh sejak itu dan hampir 95,000 yang lain cedera. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg