Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sidang di Makkah seru dunia Islam amal nilai sederhana, toleransi

Aug 15, 2023 | 01:22 PM



MAKKAH: Hari terakhir persidangan antarabangsa di Makkah sepakat peri perlunya meningkatkan komunikasi, penyepaduan dan perkongsian yang lebih kukuh dalam hal ehwal Islam melibatkan jabatan hal ehwal agama, fatwa dan pemimpin agama di seluruh dunia untuk mencapai perpaduan dalam kalangan umat Islam.


Persidangan ‘Komunikasi dengan Jabatan Hal Ehwal Agama, Fatwa dan Pemimpin Agama di Dunia’, itu berakhir di kota suci tersebut pada Isnin.

Diadakan dengan tema ‘komunikasi dan integrasi’, persidangan dua hari itu dihadiri sekitar 150 ulama terkemuka, mufti, pemimpin agama dan pemikir dari 85 negara.

Ketua-ketua persatuan Islam dan pemimpin agama, serta ahli akademik dari beberapa universiti antarabangsa, turut menyertai persidangan anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.

Persidangan itu menghantar mesej kepada dunia tentang usaha Saudi untuk berbakti kepada Islam dan umat Islam serta mempromosikan nilai-nilai kesederhanaan, lapor Arab News.


Semasa persidangan itu, para peserta membentangkan kertas penyelidikan dalam tujuh sesi yang merangkumi pelbagai topik.

Ini termasuk usaha-usaha dalam berkhidmat untuk Islam, menggalak nilai toleransi dan hidup bersama, kesederhanaan dan toleransi dalam Al-Quran dan sunah Nabi, memerangi ekstremisme dan keganasan serta melindungi masyarakat daripada ateisme dan keluar agama.

Dalam penyataan terakhir persidangan itu, para peserta juga menekankan bahawa tunggak perpaduan Islam ialah penyatuan ummah, prinsip yang dianjurkan oleh semua rasul.

Mereka juga menyatakan bahawa berpegang kepada Al-Quran dan sunah adalah asas agama, yang merangkumi kepentingan mengelakkan penyelewengan dan berpegang kepada prinsip dengan pemahaman yang betul untuk mengelak perselisihan.

Turut diketengahkan ialah peri perlunya mengawal selia fatwa mengikut nas-nas syariah, mendapatkan fatwa daripada sumber yang boleh dipercayai dan mengelakkan fatwa yang mengelirukan atau tidak benar.

Para peserta juga menyeru jabatan hal ehwal agama, fatwa dan pemimpin agama di seluruh dunia agar mempromosi nilai-nilai kesederhanaan dan toleransi dalam wacana dakwah dan kurikulum pendidikan.

Ini boleh dicapai menerusi program latihan yang dipergiatkan untuk imam dan pendakwah, serta usaha memerangi ekstremisme dan keruntuhan akhlak.

Mereka prihatin terhadap kesan buruk kegiatan kumpulan pelampau dalam memesongkan Islam, menyemarakkan konflik, memecahbelahkan masyarakat dan menyebarkan huru-hara dan keadaan tidak selamat.

Penyataan terakhir mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tercela dan berulang-ulang membakar Al-Quran.

Ia menekankan bahawa tindakan keji itu menimbulkan kebencian, menggalakkan penyisihan dan perkauman serta bercanggah dengan nilai kemanusiaan yang dikongsi di peringkat sejagat. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >