Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lima pengendali haji Mesir dijel atas kematian anggota jemaah

Sep 4, 2024 | 1:29 PM
Lebih 1,300 anggota jemaah haji termasuk yang menggunakan visa lawatan, meninggal dunia akibat berjalan jauh di bawah terik matahari dan cuaca panas melampau pada musim haji 2024.
Lebih 1,300 anggota jemaah haji termasuk yang menggunakan visa lawatan, meninggal dunia akibat berjalan jauh di bawah terik matahari dan cuaca panas melampau pada musim haji 2024. - Foto AFP

KAHIRAH: Mahkamah Mesir telah mensabitkan kesalahan ke atas lima orang kerana menganjurkan ibadah haji di Arab Saudi tanpa permit sah, lapor media pemerintah.

Mahkamah di daerah Kahirah Abdeen juga mensabitkan kesalahan ke atas mereka berlima kerana salah seorang daripada anggota jemaah itu meninggal dunia akibat kecuaian semasa musim haji 2024.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima bulan hingga satu tahun atas tuduhan cuai dan tambahan penjara satu tahun kepada tiga daripada mereka atas tuduhan membunuh tanpa niat.

Mahkamah turut memerintahkan mereka membayar denda 2 juta paun Mesir ($57,000).

Namun, mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin 100,000 paun Mesir setiap seorang sementara menunggu rayuan.

Kes itu timbul selepas keluarga anggota jemaah wanita itu mengadu kepada pihak berkuasa terhadap sebuah agensi pelancongan di Mesir, menuduh agensi itu menyebabkan kematian kerana kecuaian dan penipuan.

Siasatan mendedahkan bahawa wanita itu mengerjakan haji dengan menggunakan visa lawatan.

Mesir telah bertindak keras terhadap agensi pelancongan yang mengatur perjalanan haram ke Saudi selepas kematian ratusan anggota jemaah semasa musim haji 2024.

Terdahulu, pemerintah Mesir berkata ia akan membatalkan lesen 36 agensi pelancongan selepas mereka melanggar undang-undang yang dikaitkan dengan perjalanan haji.

Syarikat berkenaan telah menganjurkan ibadah haji untuk jemaah haji Mesir yang tidak berdaftar dengan menggunakan visa lawatan yang pemegangnya tidak dibenarkan menunaikan ibadah haji.

Pembatalan lesen dibuat oleh pasukan petugas ad hoc kerajaan yang ditugaskan untuk menyiasat kes kematian melibatkan ratusan anggota jemaah Mesir yang berlaku semasa musim haji.

Arab Saudi berkata lebih 1,300 anggota jemaah haji, kebanyakannya tanpa dokumen yang sah, meninggal dunia selepas meredah jarak jauh di bawah terik matahari dan cuaca panas melampau. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg