Mahkamah arah Kastam AS bayar balik tarif tidak sah Trump

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah arah Kastam AS bayar balik tarif tidak sah Trump

Mar 5, 2026 | 2:06 PM

Mahkamah arah Kastam AS bayar balik tarif tidak sah Trump

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Beribu-ribu perniagaan kini boleh menjangkakan bayaran balik bagi tarif Presiden Donald Trump yang dibatalkan oleh Mahkamah Agung bulan lalu.
Beribu-ribu perniagaan kini boleh menjangkakan bayaran balik bagi tarif Presiden Donald Trump yang dibatalkan oleh Mahkamah Agung bulan lalu. - Foto: REUTERS

WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan telah membuka jalan bagi beribu-ribu perniagaan menerima bayaran balik bagi tarif yang dibatalkan oleh Mahkamah Agung bulan lalu.

Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat pada 4 Mac mengarahkan Kastam dan Perlindungan Sempadan supaya memulangkan tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump tahun lalu di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA).

“Semua pengimport yang penyertaannya tertakluk kepada duti IEEPA berhak mendapat manfaat” daripada keputusan Mahkamah Agung, tulis Hakim Richard Eaton.

Proses pembayaran masih samar-samar. Tetapi keputusan mahkamah perdagangan itu menandakan kemunduran bagi Encik Trump, yang telah mengambil tindakan untuk menggantikan cukai import dan meratapi prospek bayaran balik.

Keputusan itu khusus mengenai kes yang dibawa oleh sebuah syarikat penapisan di Tennessee, Atmus Filtration, tetapi hakim berkata beliau adalah satu-satunya yang akan mendengar kes mengenai bayaran balik.

Setiausaha Perbendaharaan, Encik Scott Bessent. berkata Amerika berkemungkinan” akan melaksanakan tarif global 15 peratus minggu ini, meningkat daripada 10 peratus, susulan kenyataan Encik Trump yang bercanggah mengenai kadar baru itu.

Ia bertujuan untuk menggantikan tarif IEEPA yang dibatalkan oleh Mahkamah Agung.

Pentadbiran Trump meraih sekitar $130 bilion (S$166 bilion) daripada tarif yang dikenakan ke atas kebanyakan barangan yang diimport ke Amerika melalui IEEPA.

Syarikat-syarikat termasuk firma pengangkutan dan pos global FedEx telah memfailkan saman untuk mendapatkan bayaran balik penuh tarif tersebut.

Rumah Putih tidak segera memberi komen ketika diminta mengulas mengenainya.

Pentadbiran telah menghadapi tuntutan yang semakin meningkat daripada firma yang sebelum ini telah membayar tarif yang dibatalkan oleh Mahkamah Agung.

Dan Anthony, bersama We Pay the Tariffs, sebuah gabungan perniagaan kecil yang dibentuk untuk mendapatkan bayaran balik, menggelarkan keputusan itu sebagai “kemenangan” dalam satu kenyataan.

“Perniagaan kecil Amerika telah menunggu cukup lama. Proses bayaran balik yang penuh, pantas dan automatik adalah apa yang terhutang kepada perniagaan ini dan apa-apa yang kurang daripadanya tidak boleh diterima,” katanya.

Tarif yang Encik Trump perkenalkan menyaksikan rundingan perdagangan yang sengit apabila negara-negara berusaha untuk mendapatkan kadar yang lebih rendah sebagai pertukaran untuk janji pelaburan dan perubahan lain.

Penghakiman Mahkamah Agung membatalkannya bulan lalu, serta beberapa yang telah diumumkan oleh pentadbiran sebelum ini ke atas barangan dari Mexico, Canada dan China, dengan memetik kuasa darurat. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg