Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah dijangka putuskan pertikaian Pilihan Raya Presiden Indonesia pada 22 Apr

Apr 17, 2024 | 11:41 AM



JAKARTA: Sengketa pilihan raya 2024 di Mahkamah Perlembagaan hampir berakhir kerana mahkamah menerima nota penutup daripada semua pihak yang terlibat, serta nota undang-undang untuk pertimbangan hakim.


Selepas menerima semua dokumen pada 16 April, lapan hakim kini memulakan perbincangan rasmi mereka, untuk mencapai keputusan mengenai pertikaian itu, yang dijadual dibacakan secara terbuka pada 22 April.

Calon presiden yang kalah, Encik Ganjar Pranowo dan Encik Anies Baswedan mencabar kemenangan saingan mereka, Encik Prabowo Subianto, dan meminta supaya pilihan raya diadakan semula.

Mereka mendakwa bahawa kemenangan Encik Prabowo itu dibantu oleh penipuan pilihan raya besar-besaran dan sikap partisan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, yang anak sulungnya, Encik Gibran Rakabuming Raka, bertanding bersama Encik Prabowo.

Pasukan guaman Encik Ganjar adalah yang pertama memfailkan kesimpulannya pada 16 April.

Dokumen mereka mendedahkan penyalahgunaan kuasa yang diselaraskan, nepotisme dan keputusan Mahkamah Perlembagaan yang kontroversi, yang mengubah syarat umur untuk calon presiden dan naib presiden, bagi membuka jalan bagi pencalonan Encik Gibran.

“Jika kita lihat apa yang Presiden Jokowi lakukan (dengan membantu anaknya bertanding dalam pilihan raya), ini adalah sebahagian daripada nepotisme.

“Ia sebahagian daripada membina dinasti pemerintah, yang pada pendapat kami, melanggar etika,” kata ketua pasukan guaman Encik Ganjar, Encik Todung Mulya Lubis, selepas memfailkan kenyataan penutupnya di mahkamah.

“Dengan begitu banyak pelanggaran, ini bermakna keputusan pilihan raya, termasuk keputusan pengundian pada 14 Februari, tidak boleh dianggap sah.

“Kami percaya bahawa Mahkamah Perlembagaan sedang memikirkan tentang kelestarian demokrasi kita,” ujarnya.

Pasukan undang-undang Encik Anies, mengikutinya pada sebelah petang dengan menyerahkan kesimpulannya dan 35 bukti tambahan, mengenai keperluan pencalonan presiden, penyaluran bantuan sosial dan penjawat awam yang didakwa berpihak.

Berasa cukup berpuas hati dengan perbicaraan itu, pasukan itu berharap panel hakim akan mempunyai “keberanian” untuk memutuskan pertikaian itu dengan adil.

“Kami sangat yakin dan sangat optimis bahawa petisyen kami akan dibenarkan,” kata ketua pasukan undang-undang Encik Anies, Encik Ari Yusuf Amir. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >