Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Thailand gantung tugas Perdana Menteri

Aug 25, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand telah menggantung Perdana Menteri, Encik Prayuth Chan-o-cha daripada melakukan semua tugas rasminya bermula semalam.



Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendengar petisyen bagi menyemak semula kesahihan tempoh penggal lapan tahun beliau sebagai Perdana Menteri.



Mahkamah memaklumkan perkara itu menerusi kenyataan bertulis kepada media dan belum dapat dipastikan bila keputusan muktamad mengenai jawatan Perdana Menteri akan dibuat berhubung petisyan yang difailkan parti pembangkang utama.



Encik Prayuth mengambil alih kuasa pada 2014 menerusi rampasan kuasa tentera yang didalangi beliau bagi menggulingkan kerajaan dipilih rakyat.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Prawit Wongsuwan, dijangka memangku jawatan Perdana Menteri Thailand buat masa sekarang.



Hasil tinjauan yang diadakan pada awal bulan ini, menunjukkan hampir dua pertiga daripada rakyat Thailand mahukan Encik Prayuth meletak jawatan.



Dapatan itu hasil tinjauan pendapat ketika perdebatan hangat tercetus mengenai had masa pemimpin terbabit memegang tampuk kerajaan sejak rampasan kuasa pada 2014.



Pembangkang Thailand bercadang membuat petisyen kepada mahkamah perlembagaan untuk memutuskan sama ada tempoh masa Prayuth sebagai perdana menteri dihadkan kepada lapan tahun.



Tinjauan dilakukan 2 hingga 4 Ogos lalu itu membabitkan 1,312 responden yang dikelolakan oleh National Institute of Development Administration (NIDA).



Penggantungan kuasa yang dilaksanakan semalam akan berjalan sehingga mahkamah Thailand memutuskan tempoh had petisyen, menurut akhbar berbahasa Thai, Thansettakij.



Lima hakim mahkamah mengatasi empat yang lain dalam menarik kuasa Encik Prayuth buat sementara.



Pihak pembangkang telah cuba mendapatkan penjelasan mahkamah bila tempoh pemerintahannya harus berakhir, menghujahkan bahawa pemerintahannya tidak boleh melepasi 23 Ogos di bawah piagam yang disokong tentera dan dikuatkuasakan pada 2017.



Encik Prayuth menjadi perdana menteri sejak lapan tahun lalu, bermula sebagai pemimpin kudeta tentera dan kemudian menjadi perdana menteri selepas pilihan raya pada 2019. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >