Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Mahkamah tolak petisyen tikai keputusan pilihan raya presiden

Hakim: Petisyen Anies, Ganjar agar ditolak kemenangan Prabowo tiada asas undang-undang sama sekali
Apr 22, 2024 | 4:16 PM
Penyokong Encik Anies Baswedan dan Encik Ganjar Pranowo melakukan perhimpunan bantahan dekat Mahkamah Perlembagaan di Jakarta pada 22 April sedang mahkamah membacakan keputusan mengenai dakwaan mereka terdapat penyelewengan dan penipuan sistematik menjelang dan semasa Pilihan Raya Presiden 2024 pada Februari.
Penyokong Encik Anies Baswedan dan Encik Ganjar Pranowo melakukan perhimpunan bantahan dekat Mahkamah Perlembagaan di Jakarta pada 22 April sedang mahkamah membacakan keputusan mengenai dakwaan mereka terdapat penyelewengan dan penipuan sistematik menjelang dan semasa Pilihan Raya Presiden 2024 pada Februari. - Foto EPA-EFE

Mahkamah Perlembagaan Indonesia pada 22 April menolak sepenuhnya petisyen yang difailkan oleh dua pasangan calon presiden dan naib presiden yang kalah – Encik Anies Baswedan dan pasangannya, Encik Muhaimin Iskandar, serta Encik Ganjar Pranowo dan pasangannya, Encik Mahfud MD – yang mendakwa terdapat penyelewengan dan penipuan sistematik menjelang dan semasa Pilihan Raya Presiden 2024 pada Februari.

Panel lapan hakim bergilir-gilir membacakan keputusan itu semasa sesi mahkamah yang agak panjang dan membuat keputusan tidak berpihak pada Encik Anies dan Encik Ganjar, yang tewas kepada Encik Prabowo Subianto dan pasangannya, Encik Gibran Rakabuming Raka, yang merupakan anak sulung Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg