Topic followed successfully
Go to BHkuMahmoud Abbas didakwa persiap anak sendiri untuk kuasai politik Palestin
Mahmoud Abbas didakwa persiap anak sendiri untuk kuasai politik Palestin
May 15, 2026 | 3:37 PM
Mahmoud Abbas didakwa persiap anak sendiri untuk kuasai politik Palestin
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, diiringi anaknya, Yasser Abbas, meninggalkan sebuah hospital di Ramallah, Tebing Barat yang diduduki Israel, pada 28 Mei 2018. - Foto REUTERS
RAMALLAH: Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, didakwa sedang mempersiapkan anaknya,Encik Yasser Abbas, untuk memegang jawatan kanan dalam gerakan Fatah, langkah yang mencetuskan kebimbangan mengenai masa depan politik Palestin dan dakwaan kesinambungan pemerintahan keluarga dalam pihak Penguasa Palestin (PA).
Menurut enam pegawai Palestin yang enggan dikenali, Encik Mahmoud Abbas yang kini berusia 90 tahun menggunakan pengaruh politiknya untuk membantu Encik Yasser mendapatkan kedudukan dalam Jawatankuasa Pusat Fatah, badan kepimpinan tertinggi parti tersebut.
Laporan berkaitan
Kongres Fatah pilih semula Mahmoud Abbas sebagai pemimpin gerakanMay 15, 2026 | 12:11 PM
Penyokong Abbas menang pilihan raya tempatan PalestinApr 27, 2026 | 12:43 PM
