Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Hak Asasi PBB desak Israel dipertanggungjawab jenayah perang di Gaza

Resolusi turut kecam tembakan roket ke kawasan awam Israel dan tuntut Hamas segera bebaskan semua tebusan
Apr 05, 2024 | 07:02 PM



GENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 5 April menerima pakai resolusi menggesa Israel bertanggungjawab terhadap kemungkinan terlibat dalam jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan di Jaluran Gaza.


Sejumlah 28 negara mengundi menyokong, 13 berkecuali dan enam menentang resolusi itu.

Ini adalah kali pertama badan PBB itu mengambil pendirian mengenai perang paling berdarah yang pernah berlaku di wilayah Palestin yang terkepung itu.

Resolusi itu menyeru negara-negara untuk “menghentikan penjualan, pemindahan dan pengalihan senjata, peluru dan peralatan ketenteraan lain kepada Israel”.

Ini, katanya, diperlukan antara lain “untuk mencegah pelanggaran lanjut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan pencabulan dan penyalahgunaan hak asasi manusia”.

Ia menekankan bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan pada Januari “bahawa terdapat risiko yang munasabah pembunuhan beramai-ramai” di Gaza.

Resolusi itu, yang dikemukakan oleh Pakistan bagi pihak semua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kecuali Albania, menyeru “gencatan senjata segera” dan “untuk akses dan bantuan kemanusiaan kecemasan segera”.

Ia berlaku selepas Majlis Keselamatan PBB di New York minggu lalu juga akhirnya meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata – selepas Amerika Syarikat undi untuk berkecuali.

Namun, tuntutan gencatan senjata tidak memberi sebarang kesan.

Perang di Gaza bermula selepas Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang dan 240 yang lain dijadikan tebusan.

Sekitar 130 tebusan masih kekal ditahan di Gaza termasuk 34 yang dikatakan tentera telah mati.

Kempen balas dendam Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 33,037 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas.

Resolusi majlis hak asasi manusia juga mengecam tembakan roket ke kawasan awam Israel dan menuntut “pembebasan segera semua tebusan yang masih ada”.

Ia turut menuntut Israel menamatkan pendudukannya di semua wilayah Palestin dan “segera menamatkan sekatannya di Jaluran Gaza, di samping memberi amaran khususnya “terhadap sebarang operasi ketenteraan berskala besar di bandar Rafah” di selatan Gaza yang padat dengan penduduk. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >