Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes ICJ terhadap Israel boleh perkasa konvensyen genosid

Jan 22, 2024 | 05:30 AM



Sebulan selepas ulang tahunnya yang ke-75, konvensyen pembunuhan beramai-ramai mungkin memasuki zaman baharu yang lebih relevan, apabila mahkamah keadilan antarabangsa (ICJ) bersidang di The Hague untuk mempertimbangkan perang Israel-Gaza.

Afrika Selatan telah membawa kes kepada ICJ, menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam tindak balas ketenteraannya terhadap serangan kumpulan Hamas pada 7 Oktober 2023, yang membunuh ratusan orang awam Israel.

Kes Afrika Selatan itu termasuk rujukan terhadap tindakan Israel melakukan pengeboman menyeluruh dan pemotongan bekalan makanan, air dan ubat-ubatan ke Gaza.

“Perbuatan itu semuanya berpunca daripada Israel, yang gagal menghalang pembunuhan beramai-ramai dan melakukan pembunuhan beramai-ramai sebagai pelanggaran nyata terhadap konvensyen pembunuhan beramai-ramai,” kata kes itu.


Israel telah menunjukkan keazamannya untuk menolak tuduhan itu. Tel Aviv dan Washington menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas.


Mahkamah mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat keputusan. Tetapi, mahkamah juga boleh mengeluarkan “langkah sementara” yang memerlukan tindakan diambil, seperti gencatan senjata, untuk mengurangkan risiko pembunuhan beramai-ramai.

Pemerintah Israel boleh mengabaikan langkah itu, tetapi berbuat demikian akan menjejas reputasinya dan akan kehilangan pengaruh di pentas dunia bagi Israel dan penyokong utamanya, Amerika Syarikat.

Kes-kes lain ke ICJ

Campur tangan oleh Afrika Selatan, sebuah negara yang tidak terlibat atau terjejas secara langsung oleh perang di Gaza, amat jarang berlaku, tetapi ia bukanlah yang pertama kali dilakukan.

Tindakan seperti itu dimulakan oleh Gambia, apabila ia mengheret Myanmar ke ICJ, pada 2019 menuduhnya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya.

Pada 2021 mahkamah mengenakan langkah sementara ke atas Myanmar, memerlukan junta mengarahkan tenteranya untuk tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai, dan untuk mengekalkan semua bukti yang berkaitan.

Pada tahun berikutnya, panel hakim ICJ memutuskan dengan 15 undi berbanding satu (hakim China adalah penentang tunggal) bahawa Gambia mempunyai hak untuk membawa kes itu di bawah ‘obligasi erga omnes’ yang ditetapkan oleh konvensyen pembunuhan beramai-ramai.

‘Obligasi erga omnes’ ini bermakna ia adalah kewajipan sesebuah negara individu terhadap masyarakat antarabangsa secara keseluruhan.

Cik Savita Pawnday, pengarah eksekutif di Pusat Global untuk Tanggungjawab bagi Melindungi, sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO), berkata: “Gambia membawa Myanmar ke ICJ kerana pelanggarannya di bawah kewajipan konvensyen pembunuhan beramai-ramai.

“Langkah itu membuka pintu untuk apa yang berlaku sekarang, dengan Afrika Selatan membawa Israel ke mahkamah. Saya fikir itu adalah satu langkah yang hebat dalam menangani iklim kekejaman yang telah beroperasi selama beberapa dekad,” katanya dipetik oleh akhbar The Guardian.


Sebelum langkah yang dimulakan oleh Gambia itu, ICJ jarang mempertimbangkan isu pembunuhan beramai-ramai.

Pada 2007, mahkamah itu memutuskan bahawa Serbia telah gagal untuk menghalang pembunuhan beramai-ramai 1995 di Srebrenica di Bosnia dan Herzegovina, di mana seorang mangsa membawa seorang yang didakwa sebagai pelaku pembunuhan, ke ICJ.

Tetapi ia belum pernah lagi menamakan sebuah negara sebagai bertanggungjawab melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Kes yang dibawa oleh Ukraine terhadap Russia pada Februari 2022, masih diteruskan.

Sabitan kesalahan pembunuhan beramai-ramai telah dijatuhkan oleh mahkamah lain, seperti tribunal jenayah perang The Hague, untuk Rwanda dan bekas Yugoslavia.

Mahkamah jenayah antarabangsa mempunyai bidang kuasa dalam kes pembunuhan beramai-ramai, tetapi mahkamah tersebut meneruskan perbicaraan individu dan selepas orang yang terbunuh itu terkubur.

ICJ memutuskan sesebuah negara bertanggungjawab dan boleh mengambil langkah untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai.

Konvensyen antarabangsa


Pencegahan sememangnya menjadi aspirasi pada tahun 1948, apabila perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), menerima pakai perintah itu di Paris, selepas perang dunia kedua dan Holocaust.

Boleh dikatakan, selain konvensyen antarabangsa, ia adalah hasil kerja seorang yang dikenali sebagai Encik Raphael Lemkin, seorang peguam Yahudi Poland yang telah mencari perlindungan daripada Nazi di Amerika.


Pada 1944, Encik Lemkin mencipta istilah “pembunuhan beramai-ramai” untuk apa yang Winston Churchill sebut sebagai “jenayah tanpa nama”, dan menghabiskan tahun-tahun selepas perang melobi secara bersendiri, di PBB yang baru ditubuhkan itu.


Bagaimanapun, kemenangan peribadi itu dicemari oleh kegagalannya untuk meyakinkan Kongres Amerika, supaya menerima keputusan konvensyen itu.


Dewan Senat Amerika enggan mendengarnya bercakap, dan membangkitkan bantahan bahawa undang-undang sedemikian boleh menyebabkan Amerika terdedah kepada pendakwaan, kerana pemusnahan Orang Asli Amerika dan untuk pengasingan.


Encik Lemkin meninggal dunia pada tahun 1959, miskin dan hampir dilupakan. Tujuh orang datang ke pengebumiannya. Beliau mengakhiri hidupnya dalam kekecewaan, kerana keputusan konvensyen itu ditolak.


Pada pandangannya, hanya Amerika yang mempunyai kuasa dan kedudukan antarabangsa untuk menguatkuasakan konvensyen itu dan menjadikannya sebagai norma global.


Senat tidak meratifikasi sehingga tahun 1988, dan ia memerlukan sedikit usaha untuk merealisasikannya. Tiga tahun sebelum itu, Encik Ronald Reagan telah menghadiri upacara di tanah perkuburan di Bitburg, Jerman, hanya mendapati kemudian bahawa 49 ahli Waffen-SS dikebumikan di sana.


Encik Reagan sebelum ini tidak berminat untuk menolak ratifikasi konvensyen pembunuhan beramai-ramai itu, tetapi Rumah Putih tergesa-gesa mengubah arah dalam usaha untuk mendapatkan semula kepercayaan daripada orang Yahudi Amerika.


Seorang peguam pemerintah yang telah menulis untuk menyokong ratifikasi, Encik Harold Koh, mendapat panggilan segera.


“Tiba-tiba, saya diberitahu untuk membawa nasihat kami tentang konvensyen pembunuhan beramai-ramai ke Rumah Putih, supaya mereka boleh membawanya keluar pada hari itu,” kata Encik Koh.


“Saya memandu dengan kereta saya dan lelaki berpakaian seragam tentera ini keluar dan merampasnya daripada saya dan saya berkata kepada diri saya sendiri: mengapa lelaki ini memakai pakaian seragam tentera jika dia berada di MSN (majlis keselamatan negara).”


Lelaki beruniform itu ialah Kolonel Oliver North, yang kemudiannya disabitkan kesalahan berkaitan skandal Iran-Contra yang mengaitkan Rumah Putih dengan pesalah hak asasi manusia di Nicaragua dan Iran.


Kes itu menjadikan Kolonel North sebagai penjelmaan risiko kemunafikan yang dihadapi mana-mana negara yang mencari untuk menggunakan undang-undang kemanusiaan antarabangsa terhadap yang lain.


Apabila Senat meratifikasi konvensyen itu, ia juga menjadikan pembunuhan beramai-ramai sebagai jenayah di bawah undang-undang Amerika, tetapi ia menyekat laluan ke ICJ.


Ia memuatkan ratifikasi dengan kaveat yang menetapkan Amerika tidak boleh dibawa ke mahkamah tanpa persetujuan pemerintahnya.


Dengan prinsip timbal balik, mana-mana negeri yang dibawa ke mahkamah boleh menuntut perlindungan yang sama.


Encik David Scheffer, yang merupakan duta besar Amerika pertama untuk isu jenayah perang, berkata: “Negara-negara lain sedang meneruskan konvensyen pembunuhan beramai-ramai, jadi saya tidak fikir sikap Amerika dengan ketetapannya, terlalu merosakkan.


“Sungguh malang kerana kita perlu dapat menggunakan dan mengambil bahagian dalam konvensyen pembunuhan beramai-ramai sebagai alat penguatkuasaan undang-undang yang berkuasa.”


Seperti Amerika, kuasa besar lain keberatan untuk membawa negeri lain ke ICJ kerana takut didakwa di mahkamah sendiri atau menghadapi tuduhan hipokrit.


Pada 1994, Human Rights Watch cuba memujuk pemerintah untuk membawa Iraq ke mahkamah atas pembunuhan besar-besaran Kurd, tetapi ibu kota yang didekatinya mahukan kuasa Eropah untuk memimpin, dan tidak ada negara Eropah yang bersedia.

Kebuntuan itu kini telah dipecahkan oleh Gambia dan Afrika Selatan, yang memutuskan untuk mengambil inisiatif itu.

Walaupun ICJ mengeluarkan langkah sementara, kemungkinan besar Israel akan mengabaikannya, tetapi Cik Kate Ferguson, pengasas bersama kumpulan advokasi hak asasi manusia Protection Approaches, berpendapat usaha itu masih tidak sia-sia.

“Adakah ia cukup untuk membendung gelombang jenayah kekejaman? Tidak, sudah tentu tidak,” katanya.

“Tetapi jika lebih banyak negara boleh berdiri dan memenuhi kewajipan negeri mereka di bawah konvensyen, itu adalah suatu hal yang baik.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >