Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majlis Keselamatan PBB bincang keputusan ICJ minggu depan

Jan 27, 2024 | 5:31 PM
DIJADUAL BERTEMU: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) dijadualkan bermesyuarat pada 31 Januari bagi membincangkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menggesa Israel menghalang pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza.
DIJADUAL BERTEMU: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) dijadualkan bermesyuarat pada 31 Januari bagi membincangkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menggesa Israel menghalang pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza. - Foto REUTERS

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadualkan bermesyuarat pada 31 Januari bagi membincangkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menggesa Israel menghalang pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza.

Kementerian Hal Ehwal Luar Algeria, berkata ia akan memberikan “kesan yang mengikat kepada keputusan ICJ mengenai langkah sementara yang dikenakan ke atas pendudukan Israel”.

Pada 26 Januari, ICJ berkata, Israel mesti menghalang tindakan genosid dalam perangnya dengan Hamas dan membenarkan bantuan masuk ke Gaza, tetapi tidak menggesa untuk menamatkan pertempuran.

Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Riyad Mansour, berkata keputusan itu memberi mesej yang jelas bahawa untuk melakukan semua perkara yang diminta, gencatan senjata diperlukan.

UNSC yang sekian lama bertelingkah mengenai isu Israel-Palestin, hanya bersetuju dengan dua resolusi sejak serangan 7 Oktober 2023 oleh Hamas mencetuskan pusingan pertempuran terbaru.

Pada Disember, ia menuntut penghantaran bantuan “secara berskala” kepada penduduk Gaza yang terkepung, manakala sekutu Israel, Amerika Syarikat menolak gesaan untuk gencatan senjata walaupun mendapat tekanan antarabangsa.

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata pada 25 Januari bahawa 25,900 orang telah terbunuh dan 64,110 cedera di wilayah itu sejak Israel menyerang bagi membalas dendam terhadap serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober, yang membunuh 1,200 orang dan sekitar 240 dijadikan tebusan.

ICJ yang berpangkalan di The Hague tidak mengarahkan perang hampir empat bulan itu dihentikan sebaliknya berkata Israel mesti melakukan segala-galanya untuk menghalang pelakuan semua tindakan dalam skop Konvensyen Genosid PBB 1948. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg