Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majoriti anggota Senat Demokrat AS sokong huraian dua negara Palestin, Israel

Jan 25, 2024 | 01:32 PM



WASHINGTON: Majoriti besar anggota Senat parti Demokrat dukungan Presiden Joe Biden tampil menyokong kenyataan mengulangi sokongan Amerika Syarikat terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.


Undian yang dijalankan menunjukkan 49 daripada 51 anggota Demokrat menyokong pindaan ke atas penyelesaian rundingan bagi konflik yang membolehkan negara Israel dan Palestin hidup berjiran, memastikan kelangsungan hidup Israel sebagai negara Yahudi yang selamat dan demokratik, serta memenuhi “aspirasi sah” Palestin untuk negara mereka sendiri.

Senator Brian Schatz memperkenalkan saranan itu sebagai pindaan kepada Rang Undang-Undang akan datang yang akan menyediakan bantuan keselamatan negara kepada Ukraine, Israel dan Taiwan.

“Apa yang akan menentukan masa depan Israel dan Palestin ialah sama ada terdapat harapan atau tidak. Dan penyelesaian dua negara mestilah harapan itu,” kata Encik Schatz dalam sidang akhbar pada 24 Januari.

Ketika perang di Gaza antara Israel dengan Hamas, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata dalam satu sidang akhbar baru-baru ini bahawa beliau membantah mana-mana negara Palestin yang tidak menjamin keselamatan Israel.

Kenyataan itu menimbulkan kebimbangan antarabangsa, termasuk Amerika sendiri, penyokong terkuat Israel.

Washington berpendapat bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara yang boleh dilaksanakan untuk membawa keamanan yang berkekalan ke rantau tersebut.

Hanya dua senator Demokrat yang tidak menandatangani pindaan itu. Mereka ialah Encik John Fetterman dan Encik Joe Manchin.

Encik Fetterman telah lama menyokong penyelesaian dua negara tetapi beliau percaya langkah itu harus menyertakan frasa yang menetapkan pemusnahan Hamas sebagai prasyarat kepada keamanan, kata seorang pembantunya. Pejabat Encik Manchin tidak segera membalas permintaan untuk memberi komen.

Ramai anggota Demokrat di Kongres telah mendesak pihak pentadbiran supaya berbuat lebih banyak untuk menangani ramainya korban orang awam Palestin dalam kempen ketenteraan Israel terhadap Hamas sejak serangan kumpulan militan itu di selatan Israel pada 7 Oktober. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >