Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maklumat tepat hubungan intim, elak Gen Z terbabit amalan seks bebas: Kajian M’sia

Jun 17, 2023 | 1:51 PM
DAPATAN TINJAUAN: Sekitar 31 peratus daripada Gen Z tidak mengetahui wanita boleh hamil setelah melakukan hubungan seksual pada kali pertama.
DAPATAN TINJAUAN: Sekitar 31 peratus daripada Gen Z tidak mengetahui wanita boleh hamil setelah melakukan hubungan seksual pada kali pertama. - Foto hiasan ISTOCKPHOTO

KUALA LUMPUR: Berdasarkan Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Hubungan Intim Durex Malaysia, kira-kira 31 peratus daripada Gen Z tidak mengetahui wanita boleh hamil apabila melakukan hubungan seksual pada kali pertama.

Malah tinjauan sama dijalankan tahun lalu itu juga mendapati, purata umur Gen Z yang melakukan persetubuhan kali pertama antara umur 15 hingga 22 tahun, manakala satu daripada tiga golongan itu menganggap aksi seksual yang ditayangkan dalam pornorgrafi adalah perkara normal lapor BHM.

Hampir 40 peratus golongan itu mempercayai mitos bahawa penyakit kelamin (STI) hanya boleh dijangkiti melalui perembesan.

Berikutan hasil tinjauan yang membimbangkan itu, jenama kesejahteraan seksual, iaitu Durex mengambil langkah berani dengan membangunkan Akademi Durex supaya golongan belia di negara ini mendapat maklumat yang tepat mengenai isu berkaitan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg