Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Malaysia tempat paling selamat di Asia untuk bersara: laporan Nasdaq

Jul 16, 2023 | 12:30 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat pertama dalam senarai 10 tempat paling selamat untuk bersara di Asia, menurut perbadanan perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat,, Nasdaq.

Dalam artikel dalam bahagian GoBankingRates baru-baru ini, firma itu berkata dapatan itu berdasarkan data daripada Kumpulan Rantau Asia Pasifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan hasil dalam negeri kasar (GDP) daripada WorldPopulationReview.

Firma itu juga memperoleh angka kos sara hidup daripada Numbeo dan Indeks Keamanan Global daripada Laporan Indeks Keamanan Global Institut Ekonomi dan Keamanan 2022.

Nasdaq juga telah menetapkan bahawa negara perlu mempunyai indeks keamanan global di bawah 2.0 untuk layak, lapor Bernama.

“Malaysia menduduki tempat nombor satu dengan indeks kos sara hidup 22.9 dan GDP AS$481.9 trilion ($636.5 trilion).

“Dengan purata perbelanjaan bulanan hanya lebih AS$1,000 (RM4,650 atau $1,320), ia adalah tempat terbaik untuk dipertimbangkan oleh pesara,” katanya.

Menduduki tempat kedua dalam senarai itu ialah Kuwait, dengan indeks keamanan global 1.739 dan purata kos sara hidup bulanan AS$1,741 ($2,300).

Laporan itu berkata indeks kos sara hidup Kuwait tidak serendah beberapa negara lain dalam senarai ini, iaitu 37.4, tetapi kos sara hidup keseluruhannya digabungkan dengan skor indeks keamanan global menjadikannya tempat yang baik untuk bersara.

Menurut Nasdaq, tempat ketiga diduduki Mongolia, dengan indeks keamanan global 1.775 dan purata kos sara hidup bulanan AS$940 ($1,241), sambil menambah bahawa indeks kos sara hidup Mongolia setaraf dengan Indonesia pada 20.2, tetapi GDPnya ialah yang terendah dalam senarai, iaitu AS$21 trilion ($27.7 trilion).

Di tempat keempat ialah Vietnam, dengan indeks keamanan global 1.786 dan purata kos sara hidup bulanan AS$1,117 ($1,475), diikuti Indonesia (1.800/AS$940 atau $1,241) dan Jordan (1.849/AS$1,331 atau $1,758). , Kemboja (1.882/AS$1,387 atau $1,832), Oman (1.889/AS$1,513 atau $1,998), Cyprus (1.903/AS$1,964 atau $2,594) dan Nepal (1.947/AS$684 atau $903). – Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >