Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hidup bersendirian faktor risiko pengasingan sosial, terutamanya lelaki: Kajian NUS

Jul 08, 2023 | 07:15 PM



Hidup bersendirian merupakan suatu faktor risiko bagi terputusnya hubungan sosial, menurut kajian Universiti Nasional Singapura (NUS).

Penyelidikan itu, yang melibatkan 17,107 warga emas Singapura yang berumur antara 61 hingga 96 tahun, mendapati bahawa di dalam kalangan mereka yang tinggal bersendirian, lelaki berkemungkinan dua kali lebih tinggi untuk terputus hubungan sosial berbanding wanita.

Antaranya ialah seorang penganggur Encik Abdul Aziz Abdul Rayman, 65 tahun, yang menyertai TOUCHPoint @ Yishun 436, di bawah Perkhidmatan Masyarakat Touch sejak Jun 2022.

Bekas penagih dadah yang sudah bercerai itu sudah berkali-kali keluar masuk penjara dan menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Dia dibebaskan dari penjara pada 2022, dan tinggal bersama abangnya di flat satu bilik di Yishun. Walau bagaimanapun, mereka tidak sehaluan, dan dia berasa seolah-olah hidup bersendirian.

“Saya dapat meneruskan kehidupan walaupun mengalami masalah kewangan dan hubungan yang tegang dengan abang saya, dengan sokongan pasukan Touch.

“Saya juga sekali-sekala mengambil bahagian dalam kegiatan Touch, bergantung kepada keadaan kesihatan saya,” kata Encik Abdul Aziz.

Menurut kajian itu, pemutusan hubungan sosial adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kekurangan penglibatan sosial, emosi dan fizikal dengan orang lain.

“Memandangkan peranan tradisional mereka sebagai orang bergaji, lelaki mempunyai rangkaian sosial yang lebih kecil dan melaporkan kurang interaksi sosial daripada wanita.

“Selain itu, peralihan daripada pekerjaan kepada persaraan boleh menyekat lagi rangkaian sosial mereka dan meningkatkan pemutusan hubungan sosial mereka,” menurut kajian itu.

Kajian itu juga mendapati tahap pendidikan yang lebih rendah, gangguan kognitif, kesihatan yang lemah dan kemurungan adalah antara beberapa faktor yang dikaitkan dengan terputus hubungan sosial, walaupun individu itu tinggal bersama keluarganya.

Walaupun individu yang mempunyai tahap pendidikan tinggi mempunyai lebih banyak pendedahan kepada rangkaian sosial yang pelbagai dan lebih berkemungkinan untuk mengekalkan lebih banyak hubungan sosial, mereka yang mempunyai kesihatan yang kurang baik mempunyai penglibatan dan sokongan sosial yang kurang, kata kajian itu.

Mereka yang tinggal bersama keluarga juga boleh mengharapkan sokongan yang tinggi daripada ahli rumah mereka, yang seterusnya boleh menyebabkan perasaan terputus hubungan sosial apabila sokongan yang diharapkan tidak tersedia.

Kajian itu juga menyarankan agar terdapat penglibatan masyarakat untuk membantu lelaki yang tinggal bersendirian, serta orang tua yang kurang sihat, yang tinggal bersama keluarga.

Ini boleh meningkatkan mutu interaksi dengan keluarga mereka, dan melibatkan masyarakat untuk berinteraksi sosial dengan lebih kerap.

Profesor Madya Feng Qiushi dari Jabatan Sosiologi dan Antropologi di NUS, yang mengetuai kajian itu bersama Profesor Koh Woon Puay dari Sekolah Perubatan NUS Yong Loo Lin, memberitahu The Straits Times bahawa hidup bersendirian adalah faktor risiko pengasingan sosial, terutamanya untuk lelaki.


“Bagaimanapun, orang yang tinggal bersama keluarga juga mungkin mengalami pengasingan sosial, terutama mereka yang tidak sihat dan tidak berpendidikan.

“Cara untuk mengatur sokongan sosial dengan lebih baik adalah faktor utama untuk kualiti hidup orang dewasa yang lebih tua,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >