Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maliki bincang peranan Asean dalam aturan global di dialog antarabangsa di India

Apr 28, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, membincangkan Peranan Asean dalam Aturan Global dan bagaimana Asean dapat mencari laluan dalam arena antarabangsa yang bertambah rumit dalam sebuah persidangan antarabangsa di New Delhi, India, semalam.



Antara lain beliau membincangkan tentang kedudukan dan hubungan Asean bersama negara kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat di Dialog Raisina tahunan ketujuh, yang mana beliau berkata Asean mempunyai hubungan baik dengan mereka.



Dr Maliki berkata dalam catatannya di Facebook semalam beliau berbesar hati diundang ke dialog 'fireside chat' itu serta peluang bertemu rakan kerja dari beberapa negara, termasuk rakan kerja lama.



Beliau bersama Menteri Negara (Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, turut mengadakan perbincangan bersama beberapa wakil sektor teknologi India.



"Ia satu lawatan pendek tetapi sangat produktif," katanya.



Dialog Raisina ialah sebuah persidangan berbilang hala yang diadakan setiap tahun di New Delhi sejak 2016.



Ia persidangan unggul yang dianjurkan Yayasan Observer Research berkenaan isu geopolitik dan geoekonomi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >