NEW YORK: Lawatan Raja Charles III ke New York pada 29 April mencetuskan perhatian bukan sahaja kerana upacara penghormatan kepada mangsa serangan 11 September, tetapi juga kerana sikap dingin Datuk Bandar New York, Encik Zohran Mamdani, terhadap raja Britain itu.

Sehari sebelum tiba di New York, Raja Charles menerima sambutan hangat di Washington DC. Beliau dipuji Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, disambut baik anggota Kongres dan menyampaikan ucapan yang dilihat membantu memulihkan hubungan Britain dengan Amerika Syarikat.