Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 1,220

Sep 28, 2023 | 02:18 PM



ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,220 orang daripada 372 keluarga yang ditempatkan di 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini.


Jumlah ini direkodkan pada 9 pagi Khamis, berbanding 701 mangsa daripada 201 keluarga yang dicatatkan pada 12 tengah malam Rabu.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata empat PPS baru dibuka iaitu satu di Surau Permatang Limau di Pokok Sena dan dua di Baling iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Iboi dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai dan satu lagi di SMK Kepala Batas, membabitkan 30 mangsa daripada 11 keluarga.

Beliau berkata PPS di Surau Permatang Limau yang dibuka 5 petang Rabu lalu, menempatkan seramai lapan mangsa setakat ini manakala PPS di SK Kampung Iboi yang dibuka 8.30 malam Rabu menempatkan seramai 103 mangsa daripada 40 keluarga.

“PPS di SMK Jerai pula menempatkan seramai 141 mangsa daripada 43 keluarga,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Mejar Muhammad Suhaimi berkata mangsa yang ditempatkan di PPS Maahad Tarbiyah Derang di Pokok Sena pula menempatkan seramai 157 mangsa daripada 58 keluarga.

Beliau berkata empat PPS daerah Kubang Pasu masih beroperasi, iaitu di SMK Changlun menempatkan seramai 99 mangsa daripada 28 keluarga; PPS SK Malau pula 119 mangsa daripada 29 keluarga; manakala PPS Dewan PPK Lubuk Batu pula seramai 55 mangsa daripada 21 keluarga.

Sementara itu, menurut laporan dari Baling pula, pasukan bomba berjaya mengeluarkan lebih 20 penduduk daripada tujuh keluarga di Kampung Iboi, yang terperangkap akibat banjir kilat, pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud, berkata sepasukan anggotanya tiba di lokasi sejurus menerima maklumat berhubung kejadian banjir di kawasan itu pada 7.45 malam pada Rabu.

Beliau berkata anggotanya menghadapi kesukaran ketika melakukan operasi penyelamatan apabila terpaksa meredah arus deras dan jalan sempit.

“Setakat ini operasi penyelamatan masih berjalan dan keadaan air sangat deras,” katanya ketika dihubungi pada Rabu lalu.

Encik Mohd Jamil berkata pihaknya turut meminta bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di kawasan Baling, selain pemandu jentera berat, untuk membantu dalam operasi penyelamatan.

Katanya, semua mangsa yang berjaya diselamatkan dibawa ke PPS yang baru diaktifkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >