Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa gempa Lombok kongsi kisah ngeri

Aug 02, 2018 | 05:30 AM



MATARAM: Sebahagian pendaki yang terperangkap di Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia semasa gempa bumi melanda pulau itu Ahad lalu turun dengan cerita mengerikan.



Seorang pendaki Thailand, yang tiba di kaki gunung pada pagi Selasa, merasakan tanah di bawah beg tidurnya bergegar kuat.



"Saya merasakan bumi bergerak... dan berfikir 'Huh? Apa yang berlaku?" ujarnya.



"Saya bangun daripada tidur dan kemudian saya melihat tanah runtuh (dengan) batu-batu jatuh ke bawah."



Seorang kawan lelakinya berkata beliau nampak lereng gunung itu runtuh. "Seluruh bahagian gunung itu, batu, jatuh... saya rasa takut," katanya.



Gempa itu sekuat 6.4 pada skala Richter - dianggap kuat dan boleh menyebabkan kerosakan teruk - dan diikuti oleh banyak gempa susulan, mengakibatkan tanah runtuh besar di Gunung Rinjani, sekali gus menutup laluan pendakiannya.



Lebih 1,000 pendaki, jurupandu gunung dan pengangkat barangan berada di atas gunung itu ketika gempa melanda, termasuk dari Malaysia, Amerika Syarikat, Perancis, Belanda, Thailand, Jerman dan banyak negara lain, menurut pegawai penyelamat.



Mereka berjaya mencari jalan keluar pada Ahad hingga Selasa malam lalu.



Menurut laporan media, seorang pendaki Indonesia terkorban di gunung itu dek dihempap batu daripada tanah runtuh, sementara seorang pendaki Malaysia pula maut ditimpa runtuhan tembok inap desa (homestay) di kampung Sembalun di kaki gunung.



Mereka antara 17 korban gempa itu.



Encik I Gusti Lanang Wiswananda, jurucakap agensi pencarian dan menyelamat ibu kota Mataram, berkata helikopter dan pasukan carian digunakan untuk memeriksa kalau-kalau ada orang yang masih berada di gunung tersebut.



Ini dilakukan hingga semalam, bagi memastikan semuanya telah diselamatkan.



Jurucakap agensi bencana nasional, Dr Sutopo Purwo Nugroho, berkata beratus-ratus bangunan musnah di seluruh Lombok, dan lebih 220 orang mengalami kecederaan serius.



Sejumlah 5,141 orang kini tinggal di tempat perlindungan sementara dan memerlukan air bersih, menurut pegawai.



"Saya fikir saya akan mati," kata John Robyn Buenavista, seorang warga Amerika berusia 23 tahun yang berada di puncak gunung itu ketika gempa melanda.



"Saya berpaut kuat pada tanah. Kejadian itu terasa begitu lama, seolah-olah tidak berhenti. Saya nampak orang jatuh, tapi pemandangan kabur.



"Pada satu ketika, saya nampak beberapa orang dengan separuh badan mereka terperangkap di celah-celah batu dan saya terperanjat, tidak dapat bergerak. Saya merasa seakan-akan lumpuh dan berhenti bergerak.



"Jurupandu gunung menjerit, 'Jangan mati, jangan mati.'. Seorang jurupandu terpaksa menggegarkan saya dan menarik saya. Dia berkata saya harus pergi dari situ, dan orang-orang itu akan okay," katanya. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >