Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Manifesto Perikatan Nasional usaha pancing pengundi baru

Antara lain, janjikan sejuta peluang kerja berpendapatan tinggi, diskaun 25 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Nov 08, 2022 | 05:30 AM



BAGI menarik lebih 21 juta pengundi memilih Perikatan Nasional (PN), gabungan itu melalui manifesto 'PN Best' menjanjikan sejuta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan diskaun 25 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi lulusan kelas kedua atas.



Janji itu, yang ditujukan kepada pengundi baru berusia 18 hingga 21 tahun, terkandung dalam manifesto yang bertemakan 'Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang (PN Best)' dilancarkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Shah Alam kelmarin.



Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah pemimpin lain parti dalam gabungan itu.



Bagi merancakkan ekonomi Malaysia yang ketika ini dalam keadaan tidak menentu, PN yang dianggotai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Gerakan dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), menjanjikan kepada rakyat Malaysia bahawa gabungan itu akan menubuhkan Tabung Khas Galakan Pelaburan berjumlah RM5 bilion ($1.48 bilion) selain memberi jaminan semua inisiatif Bajet 2023 termasuk bantuan kepada rakyat dan penjawat awam akan dilaksana serta ditambah baik kepada semua lapisan masyarakat.



PN, gabungan yang berteraskan kepimpinan Melayu, tidak melupai kaum Bumiputera yang menjadi pengundi terbesar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini, dengan menjanjikan peruntukan RM1 bilion dalam tempoh lima tahun untuk dana usahawan tani bagi menggalak pengeluaran hasil pertanian.



Gabungan itu juga akan mempertingkat usaha pemerkasaan Bumiputera dengan menambah baik fungsi agensi seperti Permodalan Nasional Berhad dan Mara, selain memperkemas program pembangunan Bumiputera di semua kementerian dan agensi dengan sasaran mencapai 30 peratus ekuiti Bumiputera.



PN, yang bertanding di 169 kerusi Parlimen serata negara atas lambang PN dan lambang PAS di negeri pantai timur, juga akan mewujudkan Mahkamah Anti-Rasuah, memacu pembangunan inklusif Sabah dan Sarawak melalui pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, penubuhan universiti awam baru di Sabah dan Sarawak serta pelantikan Senator dalam kalangan belia dan beliawanis.



Janji itu merupakan antara 50 tawaran utama gabungan itu selain akses perkhidmatan kesihatan terpilih percuma di klinik swasta dan hospital awam menerusi Kad Prihatin Nasional, kenaikan kadar elaun sara hidup (Cola), penjawat awam diberi sebanyak RM100 yang akan diselaras secara berkala.



Pada keseluruhannya, menurut Tan Sri Muhyiddin, PN menggariskan 12 tunjang serta 30 pendekatan dengan 234 tawaran dalam usaha membentuk kerajaan prihatin, bersih dan stabil.



Antara 12 tunjang yang digarap ialah membina ekonomi masa hadapan, meningkatkan nilai dan taraf hidup rakyat, membersihkan politik serta tadbir urus, mensejahterakan Bumiputera, Orang Asli dan semua kaum selain merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.



Selain itu, beliau berjanji PN turut akan melestarikan alam sekitar dan merancakkan pelancongan; memperkasa belia dan mensejahterakan keluarga muda; mengoptimumkan potensi wanita; membina warga emas yang sejahtera; memperkasa orang kurang upaya; memperkasa generasi Felda serta mentransformasikan petani, penternak, nelayan dan pekebun kecil.



Manifesto tersebut juga tidak melupakan warga Felda yang menawarkan 54 kerusi Parlimen dengan menggagaskan Wawasan Felda Baru bagi menjamin masa depan generasi muda melalui pewujudan peluang ekonomi baru dan menyediakan bantuan tunai RM1,200 setahun kepada pesawah serta RM800 setahun kepada pekebun kecil.



Tan Sri Muhyiddin berkata bagi memantau dan memastikan tawaran PN dilaksanakan sepenuhnya, beliau akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi tujuan itu.



Sekiranya menang pada 19 November ini, Tan Sri Muhyiddin berkata kerajaan PN juga akan mengisytiharkan cuti umum pada 20 November (Ahad) bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu serta Johor dan 21 November (Isnin) bagi negeri lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >