Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan calon Presiden Republikan Bob Dole meninggal pada usia 98 tahun

Dec 07, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Wira Amerika Syarikat yang pernah cedera parah dalam Perang Dunia Kedua sebelum menjadi senator selama lima penggal dan calon Parti Republikan bagi Pilihan Raya Presiden pada 1996, Bob Dole, meninggal dunia pada usia 98 tahun, kelmarin.



Pelbagai pihak mengucapkan takziah atas pemergian ahli politik veteran itu, manakala Presiden Joe Biden memberi penghormatan kepada mendiang yang disifatkan sebagai 'rakan dan negarawan terbilang dalam sejarah Amerika', dengan mengarahkan bendera negara dikibarkan separuh tiang di kawasan Persekutuan hingga Khamis ini.



Mendiang Dole menghembuskan nafas terakhir dalam tidurnya pada awal pagi kelmarin, menurut Yayasan Elizabeth Dole yang dinamakan sempena nama isteri beliau.



Februari lalu, mendiang Dole mendedahkan bahawa beliau sedang menjalani rawatan penyakit barah paru-paru tahap empat.



Mantan pegawai tentera Amerika itu mengalami kecederaan parah di bahagian belakang badan dan tangan kanan akibat tembakan mesingan ketika bertempur dengan tentera Jerman di Italy pada April 1945.



Susulan kejadian itu, mendiang Dole dimasukkan ke hospital selama lebih tiga tahun, dan kecederaan dialaminya menyebabkan tangan kanan beliau menjadi kering dan berkedut.



Beliau kemudian berjaya dalam cubaan kali ketiga untuk menjadi calon Republikan pada Pilihan Raya Presiden 1996, namun tewas kepada Encik Bill Clinton yang mewakili Demokrat - 20 tahun selepas kalah pada pilihan raya 1976.



Mendiang Dole memainkan peranan penting dalam usaha memperkembangkan program bantuan makanan pada 1970-an, pelanjutan Akta Hak Mengundi pada 1982, dan penerimaan rakyat Amerika terhadap Akta Kurang Upaya pada 1990.



Walaupun telah bersara dari pejabat awam, mendiang Dole tetap aktif dalam kehidupan masyarakat setelah 1996.



Beliau muncul dalam banyak iklan dan program televisyen dan bertugas di pelbagai majlis. Pada 2012, mendiang Dole tidak berjaya menyokong pengesahan Senat terhadap Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya.



Beliau pada mulanya menyokong Encik Jeb Bush di dalam pemilihan primari Republikan 2016, tetapi kemudian menjadi satu-satunya mantan calon presiden Republikan yang menyokong Encik Donald Trump, setelah Encik Trump memperoleh pencalonan Republikan.



Pada 17 Januari 2018, mendiang Dole dianugerahkan Pingat Emas Kongres.



Mendiang dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden, iaitu penghormatan tertinggi untuk orang awam Amerika oleh Encik Clinton pada 1997. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >