Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan Naib Presiden, Mike Pence ingin tanding jawatan Presiden

Jun 01, 2023 | 07:26 PM



WASHINGTON: Mantan naib presiden Encik Mike Pence mencabar bekas pemimpinnya, Encik Donald Trump, dengan berkempen untuk menguji sejauh mana sekutu-sekutu mantan presiden Amerika Syarikat itu boleh menerima seseorang yang menentang beliau.


Encik Pence, 63 tahun, merancang mengumumkan secara rasmi pencalonannya pada 7 Jun, di Iowa, menurut seorang yang mengetahui tentang rancangan itu.

Beliau telah memulakan gerakan untuk merebut tempat di Rumah Putih, lebih setahun lalu dengan berkunjung ke negeri yang akan mengadakan pengundian awal, menyampaikan ucapan mengenai dasarnya dan memperkenalkan dirinya.

Tetapi sejauh ini, beliau belum lagi dilihat sebagai seorang calon yang benar-benar dapat diketengahkan untuk merebut tempat di Rumah Putih atau mencabar kedudukan Encik Trump sebagai calon parti Republikan dalam pilihan raya Presiden pada 2024 nanti.

Mantan naib presiden itu menawarkan dirinya sebagai satu-satunya calon berpendirian konservatif yang boleh dipilih sebagai calon Republikan dan mengalahkan Presiden Joe Biden – dengan corak pemerintahan yang lebih beradab, berbanding Encik Trump.

Encik Pence akui bahawa terdapat para pengundi penyokong Republikan yang tidak dapat memaafkannya kerana menentang usaha Encik Trump membantah keputusan pilihan raya 2021 yang memilih Encik Biden.

Ketika Encik Pence berkata beliau tidak punya kuasa, para anggota parti menyerbu bangunan pentadbiran Capitol itu dulu, berteriak “Gantung Mike Pence”.

Encik Pence berkata beliau bersedia memberitahu pengundi bahawa beliau patuh kepada Perlembagaan dan adalah salah bagi Encik Trump mengatakan yang beliau punya kuasa mengubah keputusan pilihan raya dan menghalang proses penyerahan kuasa secara aman, buat pertama kalinya dalam sejarah Amerika.

“Lihatlah, orang-orang dalam parti kita sayang kepada Perlembagaan. Hanya buat beberapa tahun ada segelintir yang telah diberitahu sesuatu tentang Perlembagaan, pada hal sebenarnya itu adalah salah,” kata Encik Pence dalam wawancara eksklusif dengan Bloomberg pada 16 Mei.


Ramai berpendapat mereka tidak pasti sama ada Encik Pence akan dapat mencalonkan dirinya kerana sejauh ini, beliau tidak mendapat cukup sokongan untuk dikemukakan sebagai calon Republikan dan tidak mungkin dapat mengubah pendirian penyokong setia Encik Trump. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >