Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mantan pegawai cukai bakal didakwa gubah wang haram Rp94.5b

Aug 21, 2023 | 01:42 PM



JAKARTA: Pendakwa raya Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) telah memfailkan dakwaan terhadap bekas pegawai tinggi cukai Rafael Alun Trisambodo, yang dituduh melakukan pengubahan wang haram sebanyak Rp94.5 bilion ($8.5 juta), kata seorang jurucakap pada Ahad.


Rafael juga berdepan dakwaan menerima rasuah Rp16.6 bilion semasa memegang jawatan.

Salinan dakwaan telah diberikan kepada Mahkamah Pencegahan Rasuah Jakarta, dan pasukan pendakwaan kini sedang menunggu jadual pendengaran untuk membentangkan dakwaan itu, kata jurucakap KPK Ali Fikri kepada pemberita.

Dakwaan itu akan menggariskan secara spesifik bagaimana bekas pegawai cukai itu didakwa melakukan pencucian wang setara dengan Rp 31.7 bilion antara 2003 dengan 2010, dan tambahan Rp62.8 bilion antara 2011 dengan 2023.

Pengubahan tersebut melibatkan mata wang Indonesia, Singapura dan Amerika Syarikat.

Suspek dikatakan mengendalikan firma perunding cukai melalui penama untuk mengelak isu undang-undang yang berpunca daripada konflik kepentingan yang ketara dengan peranannya di Direktorat Cukai Kementerian Kewangan.

Para pelanggan firma itu terdiri daripada pembayar cukai yang disasarkan oleh direktorat.

Encik Ali sebelum ini menyatakan bahawa semasa siasatan dijalankan, para penyiasat KPK menyita harta, termasuk tanah dan bangunan, milik Rafael dan ahli keluarganya di Jakarta, Manado, dan Yogyakarta, dianggarkan bernilai sekitar Rp 150 bilion.

Akaun bank milik Rafael dan ahli keluarga terdekatnya juga dibekukan untuk menyokong siasatan yang sedang dijalankan.

Rafael dinamakan sebagai suspek rasuah pada Mac lalu dan ditahan pada 3 April lalu berikutan penemuan wang tunai asing berjumlah Rp 32.2 bilion dalam peti simpanan yang disimpan di sebuah bank tempatan yang berdaftar atas namanya.

Selepas itu, pertuduhan pengubahan wang haram ditambah kepada kes jenayah terhadapnya.

Awal bulan ini, media Indonesia melaporkan bahawa KPK mendedahkan Rafael disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram melalui pelaburan dalam syarikat milik pemerintah Garuda Indonesia dan Pos Indonesia semasa memegang jawatan.

Pendedahan ini timbul selepas eksekutif kedua-dua syarikat disoal siasat sebagai saksi dalam kes terhadap suspek. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >