MAS semak jangkaan inflasi pada Apr susulan konflik Timur Tengah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MAS semak jangkaan inflasi pada Apr susulan konflik Timur Tengah

Mar 23, 2026 | 2:52 PM

MAS semak jangkaan inflasi pada Apr susulan konflik Timur Tengah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
inflasi Singapura, MAS, konflik Timur Tengah
MAS dan MTI berkata tekanan kos import berkemungkinan akan meningkat di Singapura dalam jangka masa terdekat, ekoran kenaikan harga tenaga global. - Foto ST

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan menyemak semula jangkaan inflasi negara pada April dalam penyataan dasar kewangan, berikutan perkembangan terkini di konflik Timur Tengah, yang telah melonjakkan harga tenaga.

MAS dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menegaskan: “Kenaikan ketara harga tenaga sejagat dalam beberapa minggu kebelakangan ini adalah rentetan konflik berterusan di Timur Tengah.

“Justeru, tekanan kos import Singapura dijangka meningkat dalam waktu terdekat.”

MAS kini meramalkan inflasi teras dan inflasi keseluruhan akan mencatat purata satu hingga 2 peratus bagi tahun 2026.

Kenyataan MAS dan MTI itu dikeluarkan dalam laporan bersama bulanan terbaru mereka mengenai indeks harga pengguna Singapura, yang dikeluarkan pada 23 Mac.

Sebelum meletusnya perang Iran, inflasi teras melonjak kepada 1.4 peratus pada Februari, daripada satu peratus pada Januari.

Kenaikan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh sambutan Tahun Baru Cina pada Februari 2026, berbanding Januari 2025.

Namun, angka kenaikan itu mengatasi ramalan 1.3 peratus oleh penganalisis dalam tinjauan Bloomberg.

Inflasi teras tidak mengambil kira kos pengangkutan dan penginapan swasta, sebaliknya lebih menggambarkan perbelanjaan isi rumah.

Bagaimanapun, inflasi keseluruhan – atau inflasi utama – pada Februari turun kepada 1.2 peratus daripada 1.4 peratus pada Januari kerana inflasi penginapan dan pengangkutan swasta yang lebih rendah.

Penurunan ini berjaya mengimbangi kenaikan inflasi perkhidmatan, makanan, dan runcit serta barangan lain.

Inflasi elektrik dan gas merosot lebih ketara, kepada 4.3 peratus daripada 4.2 peratus pada Januari, kerana harga elektrik yang susut lebih mendadak pada Februari.

Inflasi makanan naik kepada 1.6 peratus daripada 1.2 peratus pada Januari, dipacu oleh kenaikan harga makanan mentah dan perkhidmatan makanan yang lebih pantas.

Inflasi runcit dan barangan lain meningkat kepada 0.6 peratus daripada 0.5 peratus pada Januari, terutamanya disebabkan oleh kos ubat-ubatan dan produk kesihatan serta harga perabot yang lebih tinggi.

Inflasi perkhidmatan melonjak kepada 2 peratus daripada 1.5 peratus pada Januari, didorong oleh peningkatan tambang penerbangan dan kos perbelanjaan percutian.

Inflasi penginapan jatuh kepada 0.3 peratus daripada 1.9 peratus pada Januari, ekoran peningkatan yang lebih kecil dalam kos penyelenggaraan dan pembaikan di sektor perumahan.

Inflasi pengangkutan swasta menurun kepada 2.4 peratus, daripada 2.7 peratus pada Januari, kerana harga petrol yang susut lebih besar.

Mengenai tekanan harga domestik, MAS dan MTI meramalkan pertumbuhan kos buruh berkemungkinan meningkat lebih tinggi pada 2026, walaupun tahap peningkatan ini akan dipengaruhi oleh pertumbuhan produktiviti yang mampan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg