Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masa depan kumpulan Wagner Russia kian kelam tanpa pemimpin

Aug 28, 2023 | 01:48 PM



MOSCOW: Ketua Wagner Russia secara rasmi telah meninggal dunia, begitu juga komander pengasasnya.


Kini, Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mendakwa kumpulan itu tidak wujud.

Wagner, syarikat tentera persendirian Russia yang pernah berkuasa dan tidak disenangi Kremlin selepas terlibat dalam pemberontakan sementara pada Jun, telah terjerumus ke dalam ketidakpastian sejak Rabu, apabila ketuanya, Encik Yevgeny Prigozhin, maut dalam nahas pesawat.

Tidak mungkin Russia mahu mensia-siakan pejuang yang terlatih dan kepentingan perniagaan yang diusahakan mendiang Encik Prigozhin sejak penubuhan Wagner pada 2014.

Pasukan pimpinannya telah beroperasi di sekurang-kurangnya 10 negara.

Namun, mencari jalan untuk mengawal organisasi bersenjata yang menimbulkan salah satu ancaman terbesar kepada Encik Putin dalam tempoh 23 tahun, sambil mengekalkan kuasa tempur dan hubungan sejagatnya adalah tugas sukar.

Ini memandangkan wujudnya permusuhan berpanjangan antara anggota syarikat tentera swasta itu dengan kepimpinan Kementerian Pertahanan Russia.

Anggota Parlimen Russia, Encik Alexander Borodai, yang berkhidmat secara ringkas sebagai pemimpin proksi yang dilantik Moscow di Donetsk, Ukraine, pada 2014, berkata bahawa tentera Wagner akan terus berjuang dan sudah pun menyertai pasukan sukarelawan, serta unit rasmi, di bawah angkatan tentera Russia.

Encik Putin telah menghantar isyarat bercampur-campur mengenai rancangannya.

Semasa mesyuarat di Kremlin selepas pemberontakan pada akhir Jun, Encik Putin memberitahu komander Wagner bahawa mereka boleh terus berkhidmat di bawah kepimpinan berbeza, katanya pada Julai dalam satu temu bual dengan akhbar Russia, Kommersant.


Encik Putin berkata mendiang Encik Prigozhin menolak saranan itu bagi pihak komandernya, walaupun ada yang menganggukkan kepala tanda mereka bersetuju.

Dalam wawancara yang sama, Encik Putin berkata Wagner tidak wujud, kerana undang-undang Russia tidak membenarkan syarikat tentera swasta.

Jurucakap Kremlin, Encik Dmitry Peskov, telah membuat kenyataan sama sebagai memberi isyarat bahawa kumpulan itu tidak mempunyai masa depan di Russia.

Cik Catrina Doxsee, felo bersekutu di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa, berkata beliau menjangkakan model yang dibangunkan Encik Progozhin – menggunakan organisasi untuk memajukan kepentingan antarabangsa tetapi ia juga menjalankan perniagaan – akan diteruskan oleh beberapa bentuk di Russia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >