Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Prigozhin, ketua askar upahan Russia antara 10 maut dalam nahas pesawat di Moscow

Aug 24, 2023 | 11:35 AM



MOSCOW: Beberapa pegawai Russia mengesahkan bahawa ketua kumpulan askar upahan Wagner, Encik Yevgeny Prigozhin, berada di dalam sebuah pesawat persendirian yang terhempas pada Rabu dan beliau adalah antara 10 yang maut dalam nahas di wilayah Tver, Moscow.


Nahas tersebut berlaku dua bulan selepas Encik Prigozhin cuba melakukan pemberontakan ke atas Presiden Russia, Encik Vladimir Putin dan melancarkan gerakan menggulingkan kepimpinan askar Russia, pada Jun lalu.

Kementerian Situasi Kecemasan Russia mengumumkan kejadian melibatkan pesawat jenis Embraer-135 (EBM-135BJ) yang sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Saint Petersburg.

Pesawat berkenaan membawa tiga juruterbang dan tujuh penumpang yang terhempas dekat perkampungan Kuzhenkino, wilayah Tver.

Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Russia (Rosaviatsiya) kemudian memaklumkan Encik Prigozhin ialah antara yang berada dalam pesawat berkenaan.

Agensi berkenaan juga menyenaraikan Encik Dmitry Utkin, seorang tokoh yang didakwa menguruskan operasi Wagner dan berkhidmat dalam risikan tentera Russia turut berada dalam pesawat terbabit.

Data penjejakan penerbangan yang disemak menunjukkan sebuah jet peribadi yang didaftarkan syarikat Wagner yang digunakan Encik Prigozhin sebelum ini berlepas dari Moscow pada petang Rabu dan isyarat transpondernya hilang beberapa minit kemudian.

Isyarat itu hilang di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai lapangan terbang berdekatan.

Dalam imej yang disiarkan oleh akaun media sosial pro-Wagner menunjukkan serpihan terbakar, nombor ekor pesawat yang separa sepadan dengan jet peribadi milik syarikat Wagner.

Warna dan penempatan nombor pada enjin pesawat yang terhempas sepadan dengan foto sebelumnya.

Agensi berita tempatan, RIA Novosti memetik perkhidmatan kecemasan, melaporkan 10 mangsa nahas itu sudah ditemui.


Rosaviatsiya berkata ia sedang menubuhkan suruhanjaya khas untuk menyiasat nahas pesawat milik syarikat MNT-Aero tersebut. 

Pembantu Presiden Ukraine, Encik Mykhaylo Podolyak, di wadah media sosial menyifatkan, nahas terbabit adalah “amaran daripada Encik Putin kepada golongan elit menjelang pemilihan 2024”.

Beliau turut memberi amaran supaya “berhati-hati, pembelotan membawa maut”.

Encik Prigozhin sebelum ini, menjadi perhatian ketika serangan Russia di Ukraine yang dilancarkan pada 24 Februari 2022.

Beliau menerajui usaha menawan beberapa bandar Ukraine, termasuk Bakhmut dan lantang mengkritik kepimpinan tentera konvensional Russia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >