Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wagner hampir selesai serah senjata, kata Kementerian Pertahanan Russia

Jul 13, 2023 | 01:26 PM



MOSCOW: Kumpulan tentera upahan Wagner sedang menyelesaikan penyerahan senjatanya kepada angkatan tentera Russia, kata Kementerian Pertahanan Russia pada Rabu, lebih dua minggu selepas kumpulan itu melancarkan pemberontakan bersenjata.


Dalam satu kenyataan yang disertakan dengan video yang memaparkan kereta kebal, roket dan senjata berat lain, kementerian itu berkata Wagner telah memindahkan lebih 2,000 peralatan senjata dan lebih 2,500 tan peluru.

Jika benar, penyerahan itu adalah petanda paling konkrit setakat ini bahawa Wagner – yang pejuangnya telah melancarkan beberapa pertempuran paling sengit dan paling berdarah dalam perang Russia di Ukraine – menarik diri daripada operasi pertempuran di sana.

Ia berikutan perjanjian bersama Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, yang menyaksikan Wagner dan pemimpinnya, Encik Yevgeny Prigozhin, membatalkan pemberontakan singkat mereka pada Jun.

Semasa pemberontakan dua hari pada 23 dan 24 Jun itu, askar upahan Wagner menguasai bandar Rostov-on-Don di selatan Russia dan menembak jatuh sejumlah helikopter dan pesawat tentera ketika mereka mara ke arah Moscow.

Pemberontakan itu dilihat secara meluas telah menimbulkan cabaran paling serius kepada Encik Putin sejak beliau memegang jawatan presiden Russia pada 1999.

Semasa pemberontakan sedang berlangsung, Encik Putin menyifatkannya sebagai “tikam dari belakang” dan satu tindakan pengkhianatan yang berisiko menjerumuskan negara itu ke dalam perang saudara.

Tetapi di bawah perjanjian yang mengakhirinya, Kremlin berkata untuk mengelakkan pertumpahan darah, Encik Prigozhin akan pergi ke Belarus dan kes jenayah terhadapnya digugurkan.

Pejuang Wagner diberi pilihan menyertainya hidup dalam buangan atau menyertai pasukan tentera Russia atau pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Kementerian Pertahanan berkata pemindahan senjata itu berlaku “mengikut rancangan”.

Kremlin berkata minggu ini bahawa Encik Putin bertemu Prigozhin selama kira-kira tiga jam pada 29 Jun – lima hari selepas pemberontakan itu.

Data pengesanan penerbangan menunjukkan sebuah pesawat yang dikaitkan dengan Prigozhin meninggalkan Moscow dan menuju ke Belarus pada petang Selasa, tetapi tidak jelas apakah beliau berada di dalamnya.

Ketidakpastian juga menyelubungi masa depan empayar perniagaan Prigozhin di Russia dan operasi meluas Wagner di bahagian Timur Tengah dan Afrika, termasuk Syria, Mali dan Republik Afrika Tengah.

Prigozhin berkata pemberontakan itu bukan bertujuan menggulingkan pemerintah tetapi “membawa ke muka pengadilan” Menteri Pertahanan dan Ketua Staf Am bagi yang disebutnya sebagai kesilapan dan tindakan tidak profesional mereka di Ukraine. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >