Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masakan ‘solidariti’ bantu penduduk tiada tempat berteduh di Gaza

Oct 24, 2023 | 1:12 PM
SALING MEMBANTU: Penduduk Palestin menyediakan makanan untuk diagihkan kepada mereka yang tiada tempat berteduh dan kehilangan tempat tinggal di selatan Gaza.
SALING MEMBANTU: Penduduk Palestin menyediakan makanan untuk diagihkan kepada mereka yang tiada tempat berteduh dan kehilangan tempat tinggal di selatan Gaza. - Foto AFP

KHAN YOUNIS (Gaza): Di kaki lima di luar rumahnya, Encik Jamil Abu Assi di bandar Bani Suhaila di timur Khan Younis, dan sepupunya sibuk memasak hidangan dengan kuali besar.

Beliau tidak menjalankan perniagaan seperti yang dilakukan sebelum ini – memasak makanan berdasarkan permintaan orang ramai.

Encik Abu Assi, 31 tahun, masih meneruskan kegiatan masak-memasak sehingga hari ini meskipun serangan udara Israel di Jaluran Gaza pernah memusnahkan dapurnya dalam 2014.

Kini, beliau dan keluarganya memasak khusus untuk meringankan kesempitan mereka yang telah kehilangan tempat tinggal akibat serangan dan pengepungan Israel ke atas Gaza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata 1 juta rakyat Palestin di Jaluran Gaza telah kehilangan tempat tinggal sejak peperangan antara kedua-dua pihak meletus selepas kumpulan Hamas melancarkan serangan di selatan Israel pada 7 Oktober.

Setiap hari, keluarga Abu Assi memasak 2,000 hidangan yang memberi makan kepada sebahagian daripada mereka yang telah tiba di Khan Younis, meningkatkan populasi bandar selatan itu kepada lebih setengah juta daripada kira-kira 220,000 penduduk pada 2021.

“Saya memulakan pagi dengan mencari kayu kerana kami tidak mempunyai gas memasak,” katanya kepada pemberita, merujuk kepada sekatan bekalan bahan api ke Gaza yang dikuatkuasakan oleh Israel sejak 7 Oktober.

Tetapi mencari kayu api adalah berisiko memandangkan bandar itu berdekatan dengan sempadan Israel, tambahnya.

Beliau dan sepupunya telah membahagikan tugas untuk menjadikan kerja-kerja menyiapkan masakan secara lebih cekap. Seorang ditugaskan memotong bawang, seorang lagi menambah bahan-bahan dan mengacau periuk, dan yang ketiga membungkus makanan.

Antara hidangan yang disediakan termasuk nasi dal, lentil dan freekeh, bijirin yang disediakan dengan memanggang bijirin hijau. Daging sebelum ini adalah makanan ruji, tetapi kini lebih sukar untuk diperoleh kerana ramai penjual daging telah menutup kedai mereka selepas dirosakkan oleh bom Israel di samping kekurangan bekalan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg