Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Masjid rasmi pertama di Athens dibuka September depan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Masjid rasmi pertama di Athens dibuka September depan

Jun 08, 2019 | 02:14 PM

ATHENS: Kerajaan liberal Greece baru-baru ini memaklumkan sebuah masjid rasmi di Athens yang mengambil masa sedekad untuk disediakan akan dibuka menjelang September depan bagi memenuhi keperluan puluhan ribu penduduk Muslim di ibu negara itu.

“Kami berharap solat pertama akan dapat dilakukan pada September,” kata Menteri Pendidikan, Costas Gavroglu, selepas memeriksa kompleks bangunan hampir siap itu yang boleh memuatkan kira-kira 350 orang.

Imam masjid itu, Zaki Mohammed berkata, pembinaan sudah selesai, namun kakitangan diperlukan untuk operasinya akan dilantik, selepas pilihan raya umum, 7 Julai depan.

Athens adalah satu-satunya ibu negara di Eropah yang tidak mempunyai sebuah masjid rasmi.

Projek itu bermula pada 2007, ketika wujud kritikan hebat daripada Gereja Ortodoks Greece yang berpengaruh dan sentimen nasionalis terhadap negara jiran Turki.

Beberapa undang-undang sudah diluluskan untuk menubuhkan sebuah masjid rasmi di Athens, sejak 1890.

Masjid tanpa menara itu dipantau kerajaan Greece, ia terletak di kawasan industri Eleonas berhampiran sebuah kem pelarian. Difahamkan, wujud kira-kira 300,000 Muslim di sekeliling Athens.

Kebanyakan masjid di Greece ditukar untuk kegunaan lain atau dimusnahkan, susulan perang kemerdekaan pada 1821 daripada Empayar Uthmaniyah.

Penduduk Muslim di negara itu kebanyakannya pelarian atau pendatang hanya bersolat di lokasi tidak sepatutnya seperti dalam pangsapuri atau ruang bawah tanah. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3