Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masjidil Haram guna ‘robot pembimbing’ untuk jawab soalan jemaah

Aug 14, 2023 | 02:27 PM



RIYADH: Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menjawab pertanyaan para jemaah yang ingin mendapatkan pencerahan mengenai fatwa di Masjidil Haram.


‘Robot pembimbing’ telah dibangunkan untuk membantu jemaah haji dan umrah memahami ritual dan fatwa, dengan ciri tambahan terjemahan serentak ke dalam pelbagai bahasa.

Selain itu, robot itu mampu berhubung dengan pemimpin agama yang boleh mengambil bahagian dari jauh dalam menjawab soalan daripada para jemaah.

Robot serba canggih itu dilengkapi dengan sokongan untuk 11 bahasa, termasuk bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Russia, Parsi, Turkey, Melayu, Urdu, Cina, Benggali dan Hausa.

Ia menampilkan kemudahan skrin sentuh bersaiz 53.3 sentimeter atau 21 inci yang selesa dan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan dan minat para jemaah Masjidil Haram.

Robot itu direka dengan empat roda, setiap satu dilengkapi dengan sistem henti pintar, membolehkannya bergerak dengan lancar dan fleksibel.

Ia juga menggabungkan kamera hadapan dan bawah yang menghantar imej resolusi tinggi dan jelas.

Selain itu, robot tersebut juga dilengkapi dengan alat pembesar suara dan mikrofon bermutu tinggi bagi memastikan penghantaran bunyi yang jelas dan jernih.

Beroperasi pada sistem rangkaian wayarles 5 gigahertz (GHz), robot itu membolehkan penghantaran data yang pantas dan cekap.

Presidensi Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dibentuk baru-baru ini sebagai badan bebas.

Badan itu akan bertanggungjawab menyelia hal ehwal imam dan muazin di dua masjid suci di Makkah dan Madinah serta semua perkara berkaitan hal ehwal agama termasuk seminar dan pengajian Islam.

Baru-baru ini, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud telah menamakan Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais sebagai ketua Pejabat Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang bertaraf menteri.

Beliau juga melantik Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Al-Rabiah, sebagai pengerusi lembaga pengarah Pihak Berkuasa Umum bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >