Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Mastura Yazid: Mana janji 30 peratus calon wanita?

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



KUALA KANGSAR: Setelah namanya tidak tersenarai bertanding di Parlimen Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), penyandangnya, Datuk Mastura Mohd Yazid, tampil mempertikaikan mengenai janji pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) mengenai kuota calon daripada pergerakan wanita Umno.



Datuk Mastura, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), membangkitkan perkara itu melalui hantaran di Facebook, kelmarin.



"Janji 30 peratus calon Wanita? (Namun) Tak seorang pun Wanita Umno dicalonkan untuk kerusi Parlimen di negeri Perak dan Negeri Sembilan," tulisnya.



Akhbar Berita Harian Malaysia melaporkan, Datuk Mastura, 61 tahun, adalah antara beberapa nama dalam Kabinet kerajaan yang dikenal pasti digugurkan sebagai calon PRU-15.



Pengumuman Calon dan Serah Watikah BN yang bakal bertanding dalam PRU-15, berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.



Tempat Datuk Mastura selaku penyandang Parlimen Kuala Kangsar, diganti serta dipertaruhkan dengan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman, yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, di sini.



Sebelum ini, Datuk Mastura sememangnya mungkin sukar dilihat untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar pasca PRU-15, berikutan hubungan dingin yang sering diperkatakan antara beliau dengan Umno Bahagian Kuala Kangsar.



Kerusi Parlimen Kuala Kangsar mula dimenangi Datuk Mastura atas tiket Umno-BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016, susulan kematian suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei tahun itu.



Datuk Mastura yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, kemudian menang pada PRU-14 pada 2018 juga atas tiket BN apabila meraih 12,102 undi iaitu majoriti 731 undi menewaskan calon PKR, Dr Ahmad Termizi Ramli (11,371) serta calon PAS, Drs Khalil Idham Lim (6,583).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >