Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mayat terakhir ditemui di terowong Korea Selatan yang ditenggelami banjir

Jul 18, 2023 | 01:20 PM



SEOUL: Para petugas pasukan penyelamat menemui satu lagi mayat – yang terakhir dan sekali gus menamatkan operasi mencari di jalan raya terowong yang ditenggelami air di Korea Selatan, tempat lebih 10 orang mati dan kini menjadi tumpuan utama para pegawai untuk menyiasat kejadian itu.

Korea Selatan kini mengalami musim tengkujuh yang sedang memuncak. Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu telah mengakibatkan banjir di banyak kawasan dan terjadinya tanah lungsur, dengan tebing beberapa batang sungai pecah, dan air melimpah keluar dari kolam-kolam air dan empangan.

Lebih banyak hujan dijangka turun dalam beberapa hari mendatang.

Kementerian Dalam Negeri berkata 41 orang yang mati, dan lagi sembilan orang masih lagi dilaporkan hilang, dipercayai tertimbus akibat kejadian tanah lungsur, di beberapa kawasan negara itu ekoran hujan lebat berterusan selama beberapa hari.

Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan di terowong sepanjang 430 meter di Cheongju, wilayah utara Chungcheong, dihentikan pada Isnin malam selepas mayat terakhir ditemui.

Terowong itu ditenggelami air pada pagi Sabtu 15 Julai, apabila air mengalir deras masuk selepas hujan lebat, sehingga tidak sempat kenderaan bergerak keluar.

Sejumlah 17 kenderaan, termasuk sebuah bas terperangkap dan 14 orang dilaporkan mati, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Terowong itu terus ditutup bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan untuk menentukan punca kejadian seburuk itu boleh berlaku, ujar kementerian itu.

Pada Isnin lalu, pemerintah Korea Selatan dan pasukan polis menjalankan siasatan berasingan ke atas terowong yang ditenggelami air, dan Presiden Yoon Suk-yeol mempersalahkan pihak yang bertanggungjawab kerana pengurusan yang lemah di kawasan bahaya sehingga menyebabkan banyak kematian.

Pentadbitran Kaji Cuaca Korea meramalkan lebih banyak hujan dijangkakan pada Rabu dan menggesa orang awam “supaya tidak keluar rumah jika tidak perlu”. – AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >