Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Angka korban akibat hujan lebat di Korea Selatan terus meningkat

Jul 16, 2023 | 03:22 PM



SEOUL: Lima mayat orang yang terperangkap dalam terowong yang ditenggelami hujan lebat di tengah Korea Selatan ditarik keluar pada Ahad, kata pihak berkuasa, menjadikan jumlah kematian akibat banjir dan hujan lebat di negara itu kepada 31 orang.


Lima orang itu ditemui dari sebuah bas yang tenggelam dalam laluan bawah tanah di Cheongju pada hari Sabtu selepas pekerja penyelamat memulakan operasi mencari dalam air pada awal Ahad, kata pegawai.

Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan sebelum ini berkata 26 orang maut dan 10 hilang sejak 6 pagi waktu tempatan kerana hujan lebat menyebabkan tanah runtuh dan banjir, dengan sekitar 7,540 orang yang dipindahkan.

Korban akibat terowong yang ditenggelami air itu tidak dimasukkan dalam data kementerian kerana tidak jelas berapa ramai orang dan kereta yang terperangkap di dalam air.

“Kami memberi tumpuan kepada operasi mencari kerana kemungkinan terdapat lebih ramai orang di sana,” kata ketua balai bomba Cheongju barat, Seo Jeong-il kepada pemberita.

Presiden Yoon Suk-yeol, kini dalam perjalanan ke luar negara, mengarahkan Perdana Menteri Han Duck-soo untuk menggerakkan semua sumber yang ada untuk mengurangkan korban, kata pejabatnya, memandangkan hujan lebat yang lebih banyak dijangka pada Ahad.

Hujan lebat yang bermula pada Ahad lalu, memaksa 135 orang berpindah di seluruh negara pada pukul 6 pagi waktu tempatan (5 pagi waktu Singapura), menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan. Penduduk bawah tanah Seoul di rumah separa bawah tanah, yang dikenali sebagai “banjiha”, turut dipindahkan.

Berikutan hujan lebat, lebuh raya utama di seluruh Seoul ditutup sebahagiannya semalaman kerana hujan menaikkan paras air Sungai Han, yang mengalir melalui ibu kota.

Pemerintah Korea Selatan meletakkan pegawai dalam keadaan berjaga-jaga semasa mesyuarat tindak balas kecemasan, menekankan bahawa tumpuan untuk mencegah kemalangan jiwa harus menjadi keutamaan tertinggi.

Lebih daripada 10,500 pegawai polis telah diletakkan dalam tugas trafik dan meningkatkan rondaan.

Musim panas lalu, Seoul dilanda banjir yang disebabkan oleh hujan paling lebat dalam 115 tahun, membanjiri rumah pangsa separuh bawah tanah di kawasan kejiranan rendah, termasuk di daerah Gangnam yang kebanyakannya mewah.

Korea Utara juga telah mendapat hujan lebat dan mungkin membuka pintu air di empangan di sungai yang mengalir merentasi sempadan antara kededua negara, kata Perdana Menteri Han Duck-soo. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >