Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MB Johor kunjungi kedua-dua CIQ negeri 70 kali bagi tangani kesesakan

Jun 16, 2023 | 3:26 PM
TANGANI KESESAKAN: Datuk Onn Hafiz (berbaju kurung kelabu) telah melakukan 70 kali lawatan ke CIQ di Tambak Johor dan Link Kedua untuk tinjau isu kesesakan  di kededua pusat pemeriksaan itu.
TANGANI KESESAKAN: Datuk Onn Hafiz (berbaju kurung kelabu) telah melakukan 70 kali lawatan ke CIQ di Tambak Johor dan Link Kedua untuk tinjau isu kesesakan di kededua pusat pemeriksaan itu. - Foto fail

ISKANDAR PUTERI: Dalam usaha menangani isu kesesakan lalu lintas antara Johor dengan Singapura, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan bahawa beliau telah melakukan lebih 70 lawatan ke kededua kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tambak dan Linkedua.

Menteri Besar Johor itu memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Khamis bahawa beliau telah melawat CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) sebanyak 60 kali dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) sebanyak 14 kali.

“Saya dan Mohamad Fazli Mohamad Salleh (pengerusi jawatankuasa kerja negeri, pengangkutan dan infrastruktur) akan terus turun padang sehingga isu itu diselesaikan secara konsisten.

“Ada dua sebab kami memilih mengambil pendekatan sebegitu. Pertama, kita tahu bahawa kira-kira 300,000 rakyat Malaysia menggunakan kedua-dua lintasan ini hampir setiap hari untuk mencari rezeki. Setiap individu yang berulang-alik biasanya mempunyai pasangan dan sekurang-kurangnya dua anak.

“Ini bermakna isu itu secara tidak langsung melibatkan 1.2 juta rakyat Johor iaitu 30 peratus daripada penduduk Johor. Setiap jam yang mereka habiskan untuk menghadapi kesesakan adalah satu jam yang terbuang untuk mereka bersama keluarga,” katanya semasa persidangan DUN.

Beliau menambah, sebab kedua adalah untuk memastikan ekonomi Johor tidak terjejas akibat masalah kesesakan di kedua-dua lintasan itu.

“Setiap detik yang terbuang di Tambak atau Link Kedua adalah satu detik yang tidak dibelanjakan untuk ekonomi Johor. Malah mungkin ramai yang fobia atau bimbang selepas pengalaman sebelum ini berdepan kesesakan di dua lintasan darat itu.

“Ini antara isu yang menjejaskan pelaburan Johor dan industri pelancongannya. Jika kita dapat menyelesaikan isu ini secara konsisten, kita akan dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan menggalakkan lebih ramai kedatangan pelancong,” katanya.

Onn Hafiz berkata demikian ketika menjawab soalan berkaitan dua CIQ dan kesesakan sempadan yang diajukan oleh Datuk Seri Hasni Mohammad (BN - Benut), Datuk Samsolbahari Jamali (BN - Semarang), Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang), Datuk Zulkurnain Kamisan ( BN-Sri Medan), Datuk Najib Samuri (BN-Parit Yaani) dan Liow Cai Tung (PH – Johor Jaya). – The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg