Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

MB Selangor dakwa calon Perikatan Nasional perlekeh keupayaan wanita bangun negara

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali, telah memperlekeh dan menghina wanita serta peranan mereka dalam membangunkan negara.



"Beliau adalah pengarah pilihan raya PN dan jika ini pendirian PN terhadap wanita, besar kemungkinan nasib dan peranan wanita dalam membentuk masa depan negara akan terabai," katanya dalam satu kenyataan akhbar.



Datuk Amirudin merujuk kepada kejayaan wanita dalam politik Malaysia, seperti pelantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2018.



"Bukan itu sahaja malah ada juga wanita lain yang menjadi pemimpin dalam bidang profesional mereka," tambahnya.



Datuk Amirudin, calon Pakatan Harapan (PH) Gombak yang berdepan dengan Datuk Azmin, berkata Gombak memerlukan calon yang akan menjaga maruah wanita dan memperkasa peranan mereka dalam menentukan hala tuju negara.



Beliau memberi komen itu ekoran pembelaan Datuk Azmin terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang mempertikaikan keupayaan calon wanita untuk menjadi Ahli Parlimen (AP) Sik, menurut Malaysia Gazette.



Datuk Azmin dilaporkan berkata bahawa kata-kata Datuk Muhammad Sanusi disalah tafsir kerana beliau bercakap dalam dialek Sik dan isu itu membawa maksud berbeza kepada penduduk di kawasan situ.



Sementara itu, Datuk Muhammad Sanusi mempertahan kenyataan dibuatnya yang didakwa mempertikai keupayaan calon wanita untuk menjadi AP Sik baru-baru ini.



Pengarah Pilihan Raya Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat itu berkata kenyataannya itu dibuat dalam konteks geografi dan geopolitik di kawasan Parlimen yang memerlukan seorang AP lelaki untuk mewakilinya.



"Ceramah saya itu dalam dialek kampung saya, ceramah itu dalam konteks Sik dengan geografi, sosioekonomi, sosiobudaya, geopolitik, bentuk muka bumi, sikap penduduk, kawasan luar bandar, kawasan hutan dan mempunyai jarak jauh.



"Kesesuaian calon hendak diundi di Sik itu ialah lelaki. Itu satu hakikat, bukan saya seksis," katanya ketika ditemui pemberita.



Datuk Muhammad Sanusi, dalam siri ceramahnya sebelum ini, dilapor mempertikai keupayaan wanita untuk menjadi AP di Sik yang kemudiannya mendapat reaksi pelbagai pihak mengecam kenyataan itu.



Parlimen Sik menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN) Encik Ahmad Tarmizi Sulaiman; calon PH Datuk Latipah Md Yatim; dan Encik Maizatulakmam Othman daripada Barisan Nasional (BN). - Malay Mail, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >