Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MCA, MIC tak sertai pilihan raya negeri tapi akan sokong Kerajaan Perpaduan

Jul 06, 2023 | 04:40 PM



KUALA LUMPUR: Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) akan terus membantu Kerajaan Perpaduan walaupun mereka membuat keputusan untuk tidak menyertai enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata kedua-dua presiden MCA dan MIC masing-masing telah menghubunginya dan menyatakan hasrat mereka untuk tidak menyertai PRN kali ini.

“Mereka juga menyatakan sokongan mereka (kepada kerajaan perpaduan) tetapi saya rasa ini sebenarnya di bawah bidang kuasa Barisan Nasional (BN).

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana tabah membantu dan masih mempertahankan kedudukan Kerajaan Perpaduan,” kata Datuk Anwar kepada pemberita pada Khamis, lapor The Star.


Pada Rabu, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, yang dijadual pada 12 Ogos.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, dalam satu kenyataan pada Rabu berkata dalam tempoh sekarang, MCA sebaliknya akan menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), selain melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula parti itu.

Setiausaha Agung MIC, Encik RT Rajasekaran, dalam satu kenyataan pada Rabu pula berkata keputusan itu dibuat di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada 30 Jun setelah meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli CWC.

Sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri itu dibubarkan, MCA memegang tujuh kerusi DUN – satu di Perak, dua di Melaka dan empat di Johor.

Sementara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding dalam PRN kali ini bukanlah satu tindakan boikot, lapor Malaysiakini.


Datuk Ahmad Zahid berkata beliau akan mendapatkan penjelasan pemimpin parti berkenaan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang akan berlangsung pada 10 Julai nanti.

“Kita akan menghormati keputusan mereka, ini komitmen mereka untuk terus bekerjasama melaksanakan kempen yang akan dijalankan.

“Tiada masalah dalam hubungan MCA dan MIC dalam BN, mereka akan tetap turun berkempen, cuma tidak bertanding.

“Saya ingat mereka mempunyai alasan tersendiri dan saya lebih menghormati keputusan itu daripada melakukan pelbagai spekulasi yang kita tidak tahu tetapi lebih elok kita berbincang pada 10 Julai nanti,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Dewan Tertinggi BN dijadual mengadakan mesyuarat pada 10 Julai.

Mengulas lanjut, Datuk Ahmad Zahid berkata awalnya BN memperuntuk kerusi kepada MCA dan MIC untuk bertanding dalam PRN di enam negeri.

Beliau juga menegaskan kedudukan BN sebagai komponen penting dan strategik Kerajaan Perpaduan dan akan terus memainkan peranan penting dalam menghadapi PRN di enam negeri itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >