Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Pertemuan AS-China langkah pertama hurai perbezaan mendalam: Vivian

Jun 21, 2023 | 05:12 PM



Pertemuan antara diplomat tertinggi Amerika Syarikat dengan beberapa pemimpin penting China baru-baru ini, termasuk Presiden China, Encik Xi Jinping, adalah menggalakkan.

Namun, ia hanya langkah pertama dalam menyelesaikan perbezaan mendalam antara dua kuasa besar itu, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

“Ini adalah langkah pertama yang penting, tetapi ia akan memakan masa yang panjang,” kata Dr Balakrishnan kepada media Singapura pada Selasa, di akhir lawatan kerjanya selama seminggu ke Amerika.

Beliau bertemu Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, pada Jumaat lalu, hari yang sama Encik Blinken berlepas bagi lawatan dua hari ke Beijing.

Semasa di sana, beliau bertemu Encik Xi; diplomat tertinggi China, Encik Wang Yi; dan Menteri Luar, Encik Qin Gang.

Dr Balakrishnan berkata pegawai Washington agak optimis bahawa sekurang-kurangnya perbincangan antara Washington dengan Beijing sedang berlaku, kerana mereka melihat adanya talian perhubungan terbuka sebagai penting.

Mengenai pertemuan Encik Xi dengan Encik Blinken, Dr Balakrishnan berkata: “Saya melihat itu sebagai petanda positif bahawa China berasa ia juga bersetuju adalah penting mewujudkan saluran perhubungan ini dan terdapat asas bagi perbincangan.”

Beliau menambah, lebih banyak lawatan dua hala adalah baik dan beliau berharap untuk melihat lebih ramai pegawai atasan dua negara itu bertemu rakan sejawatan mereka, contohnya dalam bidang perdagangan atau perubahan iklim.

Dr Balakrishnan juga memberitahu wartawan bahawa beliau telah menyampaikan harapan Asean untuk melihat kerjasama dan penglibatan membina, berdaya maju dan aman antara Amerika dengan China.

Mengenai lawatannya ke Amerika, Dr Balakrishnan berkata ia antara lain mengesahkan semula hubungan Singapura-Amerika berada dalam keadaan amat baik, dengan Amerika terus memainkan peranan utama dalam ekonomi Singapura.

Amerika, kata beliau, kekal sebagai pelabur asing terbesar Singapura dan rakan dagangan terbesar dalam bidang perkhidmatan.

“Dalam bidang pertahanan, wujud juga kerjasama amat rapat yang berdasarkan kepercayaan, penjajaran strategik, (dan) akses kepada teknologi Amerika – tentera udara kita, tentera laut kita, tentera kita dan fakta bahawa kita berlatih di tanah Amerika juga,” ujar Dr Balakrishnan.

Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan sepanjang lawatan kerja ke Amerika, Dr Balakrishnan juga bertemu Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Encik Jake Sullivan, di Washington D.C. pada 20 Jun.

Dua pemimpin itu mengesahkan semula kerjasama Singapura-Amerika yang cemerlang dan pelbagai aspek serta mengalu-alukan pengembangan kerjasama dua hala dalam bidang baru seperti teknologi kritikal, keselamatan siber, perubahan iklim dan bidang angkasa.

Mereka juga membincangkan penubuhan dialog dua hala mengenai teknologi kritikal dan teknologi baru muncul.

Mereka melahirkan kepercayaan bersama tentang kepentingan ekosistem teknologi terbuka, saling beroperasi dan selamat, berdasarkan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa berasaskan peraturan.

Mereka telah menugaskan pegawai kanan untuk membuat susulan dengan segera, termasuk mengenai skop dan modaliti dialog.

Di samping itu, Dr Balakrishnan turut bertemu Timbalan Penolong Presiden dan Penyelaras Hal Ehwal Indo-Pasifik, Encik Kurt Campbell dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.

Mereka bersetuju untuk bekerjasama demi meningkatkan penglibatan Amerika di Asia Tenggara, termasuk memperdalam kerjasama Asean-Amerika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >