Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Britain sifatkan pesta ingkar perintah sekatan Covid-19 sebagai dahsyat, minta maaf

Jun 19, 2023 | 03:23 PM



LONDON: Seorang menteri kanan Britain, Encik Michael Gove, pada Ahad lalu menyifatkan rakaman video menunjukkan suasana pesta di ibu pejabat Parti Konservatif semasa perintah larangan berhimpun Covid-19 pada 2020 sebagai “dahsyat,” sedang isu tersebut terus menghantui kerajaan negara itu.


Foto rakaman video itu diterbitkan oleh akhbar Mirror, beberapa hari selepas sebuah jawatankuasa parlimen memutuskan bahawa mantan perdana menteri, Encik Boris Johnson, dengan sengaja mengelirukan ahli parlimen negara itu tentang pesta yang melanggar perintah larangan berhimpun, diadakan di pejabatnya.

Rakaman video selama 45 saat itu menunjukkan hadirin berpesta pada Disember 2020, sedangkan orang awam warga Britain di London dilarang mengadakan keramaian dalam bangunan demi mencegah penularan Covid-19.

Dalam rakaman itu, kelihatan hadirin berpesta dengan menari sambil minum minuman keras. Dua daripada yang hadir di pesta itu, yang telah disiasat polis setelah foto mereka disebarkan, sebelum ini telah diberi penghormatan oleh Encik Johnson dalam senarai sempena peletakan jawatan beliau pada awal Jun.

“Dahsyatnya,” kata Encik Gove, Menteri Perumahan, memberitahu Sky News. “Saya kira ini sudah keterlaluan. Benar, saya ingin meminta maaf kepada semua orang.”


Isu melanggar peraturan larangan berhimpun semasa Covide-19 telah menjatuhkan Encik Johnson, yang berundur daripada jawatannya pada 2022, dan masih menghantui parti Konservatif dan Perdana Menteri sekarang, Encik Rishi Sunak.

Encik Johnson berundur sebagai Anggota Parlimen pada 9 Jun beberapa hari selepas sebuah jawatankuasa hak istimewa – badan disiplin utama bagi para anggota Parlimen – mengeluarkan keputusan untuk mengutuk perbuatan beliau. Keputusan itu meluaskan lagi perpecahan dalam parti berkenaan dan mencetuskan kemarahan orang awam.

Beberapa tinjauan pendapat menunjukkan parti Konservatif, yang berkuasa sejak 2010, berada di belakang parti pembangkang, Parti Buruh, kira-kira 20 peratus. Pilihan raya akan datang dijadualkan pada hujung tahun 2024.

Pada Isnin, para anggota Parlimen dijadualkan mengundi untuk menentukan sama ada akan menyokong laporan jawatankuasa hak istimewa itu.

Walaupun secara simbolik Encik Johnson sudah tidak lagi menjadi anggota parlimen, para penyokongnya berkata mereka yang menjadi dalang di sebalik isu tersebut akan menerima padahnya daripada anggota Konservatif dan malah akan diketepikan daripada menjadi calon anggota Parlimen.

Encik Gove berkata beliau akan mengundi berkecuali, dan mengatakan sebahagian daripada laporan jawatankuasa itu “cukup baik,” tetapi beliau tidak bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat bahawa Encik Johnson harus digantung daripada Parlimen selama 90 hari, sekiranya beliau masih lagi menjadi anggota Parlimen.

Encik Gove berkata, beliau tidak tahu apakah yang akan dilakukan oleh Encik Sunak.

Isu berkaitan Encik Johnson dan “skandal pesta” itu tidak banyak membantu Encik Sunak untuk fokus memperbaiki keadaan ekonomi Britain yang sedang goyah itu, sedang para pemilik rumah menghadapi masalah lebih besar untuk membayar pinjaman pembelian rumah mereka kerana Bank of England menaikkan kadar faedah bagi mengatasi inflasi yang berterusan.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan campur tangan untuk membantu para peminjam, Encik Gove berkata pihaknya tidak ada rancangan segera untuk campur tangan tetapi masih lagi meneliti perkara itu.

“Jika terpaksa, (kerajaan) akan membelanjakan wang untuk menyediakan bantuan sementara, dan ini bermakna kedudukan kewangan kerajaan menjadi lemah, dan kadar faedah menjadi lebih tinggi dan inflasi juga lebih tinggi buat beberapa lama,” kata Encik Gove. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >