Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri India lawat AS di tengah-tengah tengkarah dakwaan kes bunuh warga Canada

Sep 30, 2023 | 12:17 PM



WASHINGTON: Sedang ketegangan antara India dan Canada berterusan menyusuli lawatannya ke Washington minggu ini, Menteri Ehwal Luar India, Dr Subrahmanyam Jaishankar, meramalkan keyakinan bahawa di sebalik isu pemisah Sikh yang kurang selesa itu tidak akan menjejas hubungan antara Amerika Syarikat dengan India.


Hubungan antara India dan Canada terjejas sejak Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, memetik “dakwaan yang boleh dipercayai” bahawa ejen-ejen India bertanggungjawab di sebalik pembunuhan warga negara Canada, Encik Hardeep Singh Nijjar – yang dikehendaki di India atas tuduhan pengganasan – di Surrey, British Columbia, pada Jun.

India menganggap dakwaan itu sebagai tidak masuk akal.

Canada merupakan sekutu paling rapat dengan Amerika dan merupakan sebahagian daripada Perisikan Mata Lima – yang merupakan perkongsian sekutu bersama Amerika, Australia, New Zealand dan United Kingdom (UK). Lantas ini menimbulkan persoalan yang kurang selesa.

Awal dari itu Amerika menjelaskan bahawa ia menjangkakan pemerintah India akan bekerjasama dengan Canada berkaitan siasatan dakwaan penglibatan ejen-ejen Delhi di atas pembunuhan Encik Nijjar.

Meskipun perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Dr Jaishankar di Washington, ia dilakukan secara sulit, menurut laman The Straits Times.


Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, berkata selepas bertemu menteri India itu pada Khamis, beliau melahirkan harapan agar India dan Canada akan bekerjasama untuk menyelesaikan perkara itu, dan mereka yang bertanggungjawab di sebalik pembunuhan pada 18 Jun lalu itu dibawa ke muka pengadilan.

Namun kenyataan rasmi yang dibaca Jabatan Negara menyusuli pertemuan itu tidak menyentuh isu tersebut.

Sebaliknya ia berkata mereka telah “membincangkan pelbagai isu, termasuk hasil utama pucuk presiden India dalam G-20... sambil menekankan akan kepentingan berterusan terhadap kerjasama... terutamanya dalam bidang pertahanan, angkasa lepas dan tenaga bersih”.

Dalam satu ceramah dan perbincangan di Institut Hudson pada Jumaat, Dr Jaishankar berkata pihak Amerika telah berkongsi tentang penilaian situasi tersebut.

“Saya menerangkan kepada mereka, agak panjang lebar, akan ringkasan keprihatinan yang saya rasakan,” katanya.

“Saya berharap kami saling mendapat maklumat lebih baik menyusuli pertemuan itu.”

India mengekalkan pendirian bahawa Canada sudah lama bertolak ansur tentang kegiatan penduduk minoriti kecil penduduk Sikh yang berjumlah sekitar 700,000 orang, yang memperjuangkan Khalistan, tanah berasingan buat masyarakat Sikh dalam wilayah Punjab di India.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >