Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Permaisuri Jordan gesa gencatan senjata di Gaza

Nov 07, 2023 | 01:48 PM



AMMAN (Jordan): Permaisuri Rania dari Jordan menggesa usaha kolektif bagi gencatan senjata di Gaza demi kebajikan penduduk Gaza yang semakin merana.


Beliau menyifatkan mereka yang menentang gencatan senjata, menyokong serta membiarkan kematian beribu-ribu orang awam sebagai perbuatan ‘menghalalkan’ kematian.

Dalam wawancara bersama Becky Anderson dari CNN, Permaisuri Rania berkata demikian apabila mengulas berhubung penolakan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Encik Antony Blinken, terhadap syor gencatan senjata, ketika beliau berada di Amman.

Selepas bertemu pemimpin negara Arab pada Sabtu, Blinken berkata gencatan senjata di Gaza hanya akan mencetuskan lebih banyak serangan oleh Hamas.

Permaisuri Rania turut mengecam penganiayaan kemanusiaan yang dahsyat di Gaza, dan mempersoalkan, berapa ramai lagi yang perlu mati atau adakah ia akan diabaikan selama-lamanya, bila mana membabitkan rakyat Palestin.

Sementara itu, Perdana Menteri Jordan, Encik Bisher al Khasawneh, berkata pada Isnin bahawa ia membiarkan ‘semua pilihan’ terbuka dalam tindak balasnya terhadap apa yang disebutnya kegagalan Israel untuk mendiskriminasi antara sasaran tentera dengan awam dalam pengeboman dan pencerobohan yang semakin sengit di Jaluran Gaza.

Perdana Menteri, Encik Bisher al Khasawneh, tidak menghuraikan langkah yang akan diambil oleh Jordan, beberapa hari selepas ia memanggil semula dutanya dari Israel sebagai protes terhadap serangan Israel di Gaza selepas serangan rentas sempadan 7 Oktober oleh Hamas.

Jordan juga mengumumkan minggu lalu bahawa duta Israel, yang meninggalkan Amman sejurus selepas serangan Hamas, tidak akan dibenarkan pulang.

“Semua pilihan ada di meja untuk Jordan dalam menangani pencerobohan Israel ke atas Gaza dan kesannya,” kata Encik Khasawneh, sambil mengatakan negaranya telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1994.


Menurut beliau, pengepungan Israel terhadap Gaza yang padat dengan penduduknya bukanlah tindakan mempertahankan diri seperti yang didakwanya.

“Serangan kejam Israel tidak membezakan antara sasaran awam dengan tentera dan meluas ke kawasan selamat dan ambulans,” ujarnya.

Israel menafikan sengaja menyasarkan objek awam ke kawasan yang mempunyai penduduk yang padat. Sebaliknya, Israel mendakwa Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai manusia, telah menggali terowong di bawah hospital dan menggunakan ambulans untuk mengangkut pejuangnya.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Israel menyatakan “hubungan negara itu dengan Jordan adalah kepentingan strategik kepada kedua-dua negara dan kami kesal dengan kenyataan kepimpinan Jordan”.

Jordan sedang mengkaji semula hubungan ekonomi, keselamatan dan politiknya dengan Israel dan mungkin membekukan atau membatalkan sebahagian daripada perjanjian damainya jika konflik Gaza bertambah buruk, kata diplomat yang biasa dengan pemikiran Jordan.

Perang Israel-Palestin telah membangkitkan semula ketakutan yang berpanjangan di Jordan yang menempatkan ramai pelarian Palestin. Mereka bimbang Israel akan mengusir rakyat Palestin secara beramai-ramai dari Tebing Barat yang diduduki Israel.

Menteri Luar Jordan, Encik Ayman Safadi, berkata sebarang langkah untuk menghalau rakyat Palestin menyeberangi ke Jordan, yang berkongsi sempadan dengan Tebing Barat, adalah “garisan merah” yang bersamaan dengan pengisytiharan perang.

“Sebarang percubaan untuk mengusir rakyat Palestin dalam usaha Israel untuk mengubah geografi dan demografi akan kami tentang,” kata Encik Safadi minggu lalu.


Tentera Jordan telah pun mengukuhkan kedudukannya bagi menghadapi sebarang kemungkinan di sepanjang sempadannya, kata sumber keselamatan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >