Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Luar Iran alu-alu hubungan lebih erat dengan UAE

Sep 16, 2022 | 05:30 AM



TEHERAN:Diplomat kanan Iran berkata kelmarin negaranya ingin meningkatkan hubungan dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE), sambil mengalu-alukan kedatangan semula duta besar UAE di Teheran selepas tidak ditempatkan selama enam tahun.



UAE dan lain-lain negara Teluk telah mengendurkan hubungan mereka dengan negara republik Islam itu pada 2016, setelah penunjuk perasaan menyerang kedutaan Arab Saudi di Iran, ekoran tindakan Riyadh melaksanakan hukuman mati ke atas pemimpin Islam Shiah Nimr al-Nimr.



"Kami ingin meluaskan hubungan kami dengan negara-negara jiran, termasuk Amiriah Arab Bersatu," Menteri Luar Iran, Encik Hossein Amir-Abdollahian, memberitahu Duta Besar UAE yang baru, Encik Saif Mohammed al-Zaabi, semasa pertemuan mereka pada Selasa lalu, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan kelmarin.



Walaupun hubungan diplomatik telah dikendurkan, UAE yang kaya dengan hasil minyak tetap mengekalkan hubungan ekonomi yang kukuh dengan Iran.



Pada 2020, UAE telah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel - satu langkah yang dikecam oleh Teheran.



Tetapi Abu Dhabi telah berusaha memulihkan dasarnya dengan bekas pesaing serantau termasuk Qatar, Turkey dan Iran.



Encik Amir-Abdollahian "juga menegaskan perlunya bagi negara-negara di rantau itu bekerjasama demi kestabilan serantau," menurut kenyataan kementerian itu.



Pada Julai lalu, UAE berkata ia telah menimbangkan untuk mengutus semula seorang duta besar ke Teheran dengan tujuan "meningkatkan lagi hubungan dua hala," lapor media pemerintah, ketika itu.



Iran berkata pada bulan lalu bahawa Kuwait telah mengutus duta besarnya yang pertama ke Teheran sejak 2016.



Dua negara kuasa besar di Timur Tengah, iaitu Iran yang berfaham Syiah dan Arab Saudi yang berfaham Sunni, masing-masing telah menyuarakan kesediaan untuk mengatasi perselisihan antara mereka dan mengadakan rundingan dua hala, yang pertama kali diumumkan pada April 2021. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >