Topic followed successfully
Go to BHkuMenteri luar Iran ke Russia, Trump gesa Teheran ‘hubungi kami’ untuk rundingan
Menteri luar Iran ke Russia, Trump gesa Teheran ‘hubungi kami’ untuk rundingan
Apr 27, 2026 | 2:23 PM
Menteri luar Iran ke Russia, Trump gesa Teheran ‘hubungi kami’ untuk rundingan
Menteri Luar Iran, Encik Abbas Araghchi (kiri), disambut oleh pegawai Russia, menurut media Iran, semasa lawatannya ke Russia untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, di lokasi yang dinyatakan sebagai St. Petersburg, Russia, dalam tangkapan skrin daripada video yang dikeluarkan pada 27 April 2026. - Foto REUTERS
WASHINGTON/ISLAMABAD: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata Iran boleh terus menghubungi Washington jika mahu berunding untuk menamatkan perang yang telah berlarutan hampir dua bulan, ketika Menteri Luar Iran, Encik Abbas Araghchi, tiba di Russia bagi mendapatkan sokongan Presiden Vladimir Putin.
Kenyataan Encik Trump itu dibuat ketika usaha damai antara kedua-dua negara semakin buntu menyusuli pembatalan rundingan yang dirancang di Pakistan.
Laporan berkaitan
Harapan damai AS-Iran pudar saat Trump batalkan rundinganApr 26, 2026 | 10:41 AM
Iran enggan buka Selat Hormuz,
rampas kapal di tengah sekatan ASApr 23, 2026 | 1:11 PM

