Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri Luar M'sia: Rundingan dengan S'pura awal tahun depan bagi cari penyelesaian ke atas isu pertikaian

Dec 14, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengadakan rundingan dengan Singapura bagi mencari penyelesaian berhubung isu maritim dan ruang udara terutama membabitkan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) yang belum selesai.



Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, semalam berkata rundingan membabitkan kementeriannya dan Kementerian Ehwal Luar Singapura itu, yang dirancangkan pada awal tahun depan, akan membincangkan mengenai garisan perairan kededua negara yang kini menjadi pertikaian, lapor Berita Harian Malaysia.



"Apa yang paling mustahak adalah kededua negara sudah ada persetujuan mengadakan rundingan pada awal Januari depan. Sebenarnya rundingan ini sudah berlaku dalam seminggu yang lalu namun ia hanya membabitkan peringkat pegawai.



"Sebab itu kededua negara buat masa ini bersetuju mengurangkan kehadiran di kawasan yang menjadi pertikaian. Oleh itu Malaysia dan Singapura hanya menempatkan satu atau dua bot di kawasan berkenaan. Apa yang penting kehadiran kita di situ ada secara minimum dan tidak agresif," katanya di Dewan Negara semalam.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris, yang bertanya mengenai hubungan Malaysia-Singapura membabitkan isu tersebut.



Mengulas lanjut, Datuk Saifuddin berkata Malaysia akan sentiasa berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan bagi menjaga hubungan antara kedua-dua negara dan pada masa yang sama menjaga kedaulatan serta kepentingan negara.



Datuk Saifuddin juga berkata, Malaysia juga akan berunding dengan Singapura bagi menyelesaikan isu ruang udara terutama membabitkan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS).



"Sistem itu akan memberi impak besar terhadap pembangunan di Pasir Gudang susulan sekatan ketinggian struktur di kawasan berkenaan. Kita akan runding sekali lagi dengan Singapura untuk menjaga kedaulatan negara dan rakyat," katanya.



Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke semalam juga menggesa agar ruang diberi kepada pakar teknikal Malaysia dan Singapura menyelesaikan isu mengenai ILS di Lapangan Terbang Seletar.



"Apa yang telah diperkatakan (mengenai isu ILS) sudah mencukupi. Kami sudah menyatakan apa yang kami ingin katakan.



"Kami juga telah menghasilkan video untuk menerangkan kedudukan kami. Saya rasa ini amat jelas.



"Berhubung sebarang pertimbangan teknikal, saya rasa saya akan membiarkan pakar teknikal kedua-dua negara membincangkannya," ujar beliau kepada The Star.



Encik Loke sebelum ini berkata Malaysia tidak bersetuju dengan laluan penerbangan baru bagi Lapangan Terbang Seletar kerana ia akan membantutkan pembangunan di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang. - Agensi berita.




"Apa yang paling mustahak adalah kededua negara sudah ada persetujuan mengadakan rundingan pada awal Januari depan. Sebenarnya rundingan ini sudah berlaku dalam seminggu yang lalu namun ia hanya membabitkan peringkat pegawai. Sebab itu kededua negara buat masa ini bersetuju mengurangkan kehadiran di kawasan yang menjadi pertikaian. Oleh itu Malaysia dan Singapura hanya menempatkan satu atau dua bot di kawasan berkenaan. Apa yang penting kehadiran kita di situ ada secara minimum dan tidak agresif."
- Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >