Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menteri, timbalan menteri BN lahir sokongan bagi Muhyiddin

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Menteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) sebulan suara menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam melaksanakan pelan pemulihan ekonomi dan kesihatan rakyat, lapor The New Straits Times kelmarin.



Dalam satu kenyataan bersama oleh 20 anggota pentadbiran kerajaan itu, mereka menyifatkan Malaysia memerlukan sebuah pentadbiran kerajaan stabil bagi memastikan proses pemulihan dapat dilaksana secara teratur dan tersusun ekoran pandemik Covid-19.



"Langkah pertama dalam membolehkan perkara ini dapat dicapai adalah dengan memastikan Belanjawan 2021 disokong dan diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat.



"Ini juga adalah selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menasihati Ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021," ujar mereka dalam kenyataan tersebut.



Kenyataan itu menyatakan anggota pentadbiran daripada BN mengambil maklum cadangan serta pandangan yang telah dikemukakan oleh semua Ahli Parlimen BN berkenaan Belanjawan 2021 dan akan diambil kira untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa.



"Berdasarkan perkara yang dinyatakan ini, kami percaya rakan-rakan Ahli Parlimen BN yang lain akan turut serta memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021 bagi memastikan perancangan kerajaan untuk membela nasib rakyat dan memulihkan ekonomi negara dapat dilaksanakan sebaik mungkin," ujar mereka.



Bagaimanapun, mereka berpendapat pilihan raya umum perlu diadakan secepat mungkin sebaik sahaja keadaan kesihatan awam mengizinkan, untuk memperoleh mandat rakyat yang jelas bagi memastikan kestabilan kerajaan lebih jitu.



"Sehingga itu, kami telah bersepakat untuk mengukuhkan kedudukan BN di dalam kerajaan sedia ada dan pada masa yang sama akan menyusun gerak kerja bagi memastikan BN menjadi suara terkuat di dalam kerajaan," katanya.



Menurut kenyataan itu lagi, satu mesyuarat telah diadakan bersama pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin yang memutuskan supaya ahli jemaah menteri dari BN mengadakan perjumpaan serta bermesyuarat secara lebih kerap.



Ini bagi mendapatkan panduan berkenaan pendirian dan dasar parti BN untuk disampaikan kepada jemaah menteri, kata kenyataan itu.



Sementara itu, setiausaha agung BN, Tan Sri Annuar Musa, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, ketika dihubungi mengesahkan kenyataan yang dikeluarkan bersama itu.



Di Facebook beliau, Tan Sri Annuar menyatakan perpaduan BN terus kukuh dalam menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin dan pembentangan Belanjawan 2021.



"Pucuk pimpinan BN, khususnya Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi, sentiasa mengamalkan politik matang dgn banyak melakukan engagement kalangan pelbagai lapisan kepimpinan parti. Yang terpenting, beliau mengutamakan konsensus parti.



"Ini adalah asas yg memungkinkan kepelbagaian pendapat dapat di gembelingkan menjadi satu pasukan di mana semua saf pimpinan ada peranan masing-masing.



"Kegusaran sesetengah pihak tentang sokongan BN terhadap belanjawan 2021 dan pimpinan TSMY tidak perlu di ragukan.



"BN tahu untuk bertindak secara bijaksana dgn sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan. BN akan terus membawa suara rakyat,dan akan secara bersepadu menyokong belanjawan negara. Ini selari dgn titah Yang diPertuan Agong dan selari dengan keputusan kolektif pimpinan dan Anggota Parlimen BN.



"Pucuk pimpinan BN pasti akan terus memperagakan politik matang,bertanggungjawab serta berhemah tinggi," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >