Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mesir akan hantar diesel ke Gaza susulan gencatan bermula

Nov 24, 2023 | 02:00 PM



KAHIRAH: Mesir berkata 130,000 liter diesel dan empat trak gas akan dihantar setiap hari ke Gaza, yang juga dikenali sebagai Jaluran Gaza, apabila gencatan senjata selama empat hari bermula pada Jumaat.


Encik Diaa Rashwan, ketua Perkhidmatan Maklumat Negara (SIS) Mesir, juga berkata dalam satu kenyataan awal pada Jumaat bahawa 200 trak bantuan akan memasuki Gaza setiap hari.

Israel dan kumpulan Hamas, yang menguasai Gaza memulakan gencatan senjata selama empat hari mulai 7 pagi waktu tempatan pada Jumaat.

Lintasan sempadan Rafah di Mesir ke Gaza ditutup hingga Rabu lalu kerana “keadaan keselamatan” tidak menentu.

Tetapi pegawai Amerika Syarikat bekerjasama dengan Mesir dan Israel untuk membukanya semula, kata timbalan jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Vedant Patel.

Rafah, yang tidak bersempadan dengan Israel, satu-satunya titik penyampaian bantuan sejak Israel melancarkan serangan ketenteraan dan pengepungan ke atas Gaza, sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas ke atasnya pada 7 Oktober.

Pemindahan pemegang pasport asing melalui lintasan itu digantung pada Sabtu dan Ahad lalu selepas serangan Israel ke atas ambulans yang menuju ke Rafah, tetapi lintasan itu dibuka semula pada Isnin dan Selasa.

“Pemahaman kami ialah memandangkan keadaan keselamatan, lintasan sempadan Rafah masih ditutup hari ini,” kata Encik Patel semasa satu taklimat media biasa.

Amerika menjangka lintasan yang dikawal Mesir itu akan dibuka semula pada “selang masa yang tetap” supaya bantuan boleh masuk ke Gaza dan warga asing boleh terus keluar, kata beliau.

Lebih 400 warga Amerika, ahli keluarga dan penduduk tetap setakat ini telah keluar dari Gaza sejak pemegang pasport asing mula keluar melalui Rafah minggu lalu, tambahnya.

Washington telah menggesa Israel supaya bersetuju dengan pelaksanaan kelonggaran kemanusiaan agar bantuan dapat dihantar ke Gaza.

Encik Patel berkata 81 trak yang membawa makanan, ubat-ubatan, bekalan kesihatan, air botol dan produk kebersihan menyeberang masuk ke Gaza pada Selasa, menjadikan kira-kira 650 trak kesemuanya telah menyeberang sejak perjanjian diplomatik dicapai untuk membuka semula lintasan itu pada 21 Oktober.

Namun, jumlah itu masih jauh daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk yang terjejas akibat serangan Israel ke atas Gaza.

Sebelum konflik terkini meletus, 500 trak barang, termasuk 45 trak bahan api, memasuki Gaza setiap hari. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >