Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mesir rangka pelan bangunkan Gaza tanpa Hamas

Mar 4, 2025 | 1:29 PM
Hamas menyatakan mereka tidak mengetahui rancangan Mesir untuk membangunkan semula Gaza dan akan menentukan sendiri masa depan wilayah Palestin yang kini musnah akibat perang.
Hamas menyatakan mereka tidak mengetahui rancangan Mesir untuk membangunkan semula Gaza dan akan menentukan sendiri masa depan wilayah Palestin yang kini musnah akibat perang. - Foto REUTERS

DOHA: Pelan untuk membangunkan semula Gaza yang dirangka oleh Mesir akan mengetepikan Hamas dan menggantikannya dengan badan sementara yang dikawal oleh negara Arab, Islam dan Barat.

Demikian menurut draf yang dilihat oleh agensi berita, Reuters.

Pelan tersebut bagi menentang rancangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menjadikan Gaza sebagai pusat peranginan tepi pantai atau Riviera Timur Tengah.

Visi Mesir untuk Gaza, yang akan dibentangkan pada sidang puncak Liga Arab pada 4 Mac, tidak menyatakan sama ada cadangan itu akan dilaksanakan sebelum atau selepas sebarang perjanjian damai kekal untuk menamatkan perang yang meletus pada 7 Oktober 2023.

Rancangan Encik Trump, yang membayangkan pemindahan penduduk Palestin dari Gaza, dilihat menyimpang daripada dasar tradisional Amerika di Timur Tengah yang selama ini menekankan penyelesaian dua negara.

Cadangan itu telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Palestin serta negara-negara Arab

Siapa yang akan mengendalikan Gaza selepas konflik masih menjadi persoalan besar yang belum terjawab dalam rundingan mengenai masa depan wilayah itu.

Hamas setakat ini menolak idea sebarang cadangan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh negara lain.

Namun, rancangan Kahirah itu tidak menangani isu kritikal seperti siapakah yang akan membayar kos pembinaan semula Gaza atau menggariskan sebarang butiran khusus tentang bagaimana Gaza akan ditadbir, mahupun bagaimana kumpulan bersenjata sekuat Hamas akan diketepikan.

Di bawah rancangan Mesir, Misi Bantuan Tadbir Urus akan menggantikan pemerintah yang dikendalikan Hamas di Gaza untuk tempoh sementara dan akan bertanggungjawab ke atas bantuan kemanusiaan dan memulakan pembinaan semula wilayah yang telah musnah akibat perang.

“Tidak akan ada pembiayaan antarabangsa yang besar untuk pemulihan dan pembinaan semula Gaza jika Hamas kekal sebagai ciri politik utama, pasukan bersenjata dan mengawal tadbir urus tempatan,” kata mukadimah yang menggariskan draf objektif rancangan Mesir itu.

Butiran rangka kerja Mesir yang dicadangkan untuk masa depan Gaza belum pernah dilaporkan sebelum ini.

Reuters tidak dapat menentukan sama ada pemimpin Arab akan menyokong rancangan yang dibentangkan oleh Mesir kelak.

Pegawai kanan Hamas, Encik Sami Abu Zuhri, berkata kumpulan itu tidak mengetahui cadangan Mesir.

“Masa depan Gaza perlu diputuskan oleh rakyat Palestin sendiri.

“Hamas menolak sebarang percubaan untuk menjalankan projek atau sebarang bentuk pentadbiran bukan Palestin, atau kehadiran mana-mana pasukan asing di bumi Gaza,” tegasnya. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg